Bagaimana mereka menipu mangsa
Saya ada kawan yang pernah terkena dengan perkara dibawah, salah sorangnye adalah instructor utk training Microsoft, kekadang bila kita terlalu sebuk bekerja dan dikatakan berjaya dalam hidup, kita lupa untuk ambik tahu banyak perkara yang berlaku kat negara kita, akhirnya kita pon terkena kerana kita x ambil tahu, Copy paste SEPERTI yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar. Dua minggu sebelum 21 Mac 2011: Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim. Seminggu sebelum 21 Mac 2011: Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar ken...