Posts

Showing posts with the label My

Novel Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul

Saya beli buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul , karya ustazah Fatimah Syarha (berusia muda setahun dari saya rupenye..muda2 pon solehah..x macam aku..huhuhu) melalui online, tiada masa nak ke kedai buku, kekangan masa..keje dan bla..bla (hepp!!..kan kate jgn ngungkit or ngadu psal byk keje la..bz la..Perdana Menteri pon bz gak)..Teringat2 dlu...bleh lepak kat MPH or mana2 kedai buku seharian dan shopping buku, tapi skrg beli online je la..Novel ni ringkas je...1 jam dah bleh setel, baca mase tuh tgh nak buat mee goreng, kopek udang...selak baca novel, potong sayur, selak baca novel, jeling TV jap...potong bawang, selak novel..siang sotong, selak, rendam mee, selak..siram bunga (ini saje nak tambah plot..ngee~, ), selak...syehhhh (bunyi bahan2 diloyong ke minyak panas dalam kuali), selak baca lagi, kacau2 mee goreng...angkat..dh habes 1 novel sy baca...ringkas je..mcm baca majalah..murah je tapi yg penting isinya berguna..huhuhu Karya suami penulis ni Dr Farhan hadi pon menar...

Guru

Sepatutnya artikel yang ingin saya kongsikan dibawah sesuai sempena Hari Guru 16 Mei, tapi terlambat untuk diupload, saya baca dengan rasa sedih dan terharu. Betapa bebanan seorang guru itu sukar untuk ditanggung rupenye, teringatkan Abah,Mak dan Ngah yang mengajar....sebagai ahli keluarga terdekat, kalau boleh mungkin kita bleh bertolak ansur dengan mereka yang cikgu2 ni..supaya mereka dapat kurangkan bebanan kehidupan mereka.. Saya 'salute' lah sape2 yang berjuang dalam profession guru ni, kalau saya memang 'fail' la, nak bercakap pon malas, nak ngajar pon kurang sabar.... Moralnye: Jika rasa hidup kita tertekan dengan kerja kita, fikirlah ada orang lain yang lebih tertekan dari kita....dan Terima Kasih semua cikgu2..segala pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.. Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN nor.afzan@kosmo.com.my Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri seca...

Rolling In The Deep

Image
Sukenye dengar lagu Adele ni...selain lirik yang best, lagunye juga kalau digubah dengan ape2 genre pon bleh jadi sedap didengar.., (Acoustic, rap(gaya eminem), rock (gaya linkin park or flyleaf) )..Kekadang berangan petik gitar sambil nanyi lagu ni..ngee~Sakit telinga..asyik dgr lagu ni berulang2..huhuhu...memang x patut kan...lagho sume tuh..

Blog Lama

Saya akui mempunyai masalah short time memory, huhuhu..dlu kerap menukar email, hanya kerana tak ingat username and password (org IT tuh...), sehingga lah saya juga lupa wujudnye beberapa akaun dalam internet (twitter, facebook..dll). Dan baru2 ni saya terjupe note login blog lama, sabo jelah saya mmg x hingat saya pernah create blog lain sebelum ni...huhuhu...nama blog tuh Alfityan-Sempoi..alamatnye  http://harimazinia.blogspot.com/ ....MasyaAllah merapu sungguh saya dalam profile statement tuh..ngee~~~. Create tahun 2006...mak aih..5 thn sudah...rase2nye ade blog lain gak pernah buat dlu tp x hingat lak nama dia...huhuhu

Bila kita bertegas....

Bila Kita Bertegas.. Maka ada muka yang mencebik.. Bila Kita bertegas... Maka ada suara yang mengata kita macam bagus.. Maka ada suara yang mengata kita macam lawa.. Kita Tegas kerana ada sesuatu yang salah dipraktikkan, Kita Tegas kerana kita sedar kita tak lawa..maka prinsip hidup atas kebenaran perlu dipertahankan.. Kita Tegas kerana kita sedar kita tak bagus..maka kita mengelak membodohkan diri dengan membuat kesalahan.. Manusia itu ditegur atas kesalahan supaya dia sedar apakah kebenaran?, kenapa perlu benar?..Sesungguhnya dengan kebenaran kita dapat mengelak kesusahan pada diri dan lebih penting kesusahan pada orang lain. Moral: HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG....JANGAN JADI PARASIT!!

Menghitung Hari - 7 days remains

Image
Menghitung hari nak gaji..setiap bulan macam tuh le....then bila dah masuk gaji...beberapa minit je la balance dalam akaun tuh nampak mcm kaya, lepas tuh transfer sana sini, bayar hutang keliling pinggang...last2 tinggal sen je...dan bermula la menghitung hari nunggu gaji...itu lah RUTIN setiap bulan..huhuhu. Idak le harap kaya beno, asal dapat sesuap nasi cukuple...genap hari ni tinggal 7 hari lagi le aku nak gaji...ape yang ade dalam tangan skrg ni..balance akaun 50 hinggit...duit kertas dalam 11 hinggit..dan siling ade le 5 kupang 2 keping, 2 kupang  5 keping, sekupang 7 keping...cukuple...duit minyak moto + makan, yang pasti kena sedo diri jgn dah time2 kopak ni pon ade hati nak membeli2 or nak makan2 grand..jgn!!!....jgn jugak baik hati nak ngikut kwn2, ikut tekak drg mahu g makan beso2...jgn!!!..jgn le pemurah beno offer nak blanje (lepas dpt gaji..boleh la)....satu lagi yang plg ngeri...bila ade booth2 kat bwh opis ni..org niaga2, org ngajak join2 business ntahapehape MLM le...

Jodoh/ Perkahwinan

Ramai orang berkira-kira bila dipersoal dalam hal jodoh, ada yang berkata, sedang menanti jodoh...ada yang kata nanti dulu la nak pikir...ada yang kata nak enjoy, melancong kemana-mana2 dlu (pompuan bujang le biasanye), ada juga beralasan dengan peribadi diri cth: saya tiada harta, nak ada rumah dlu, malas la, kuat tidur, tak cukup duit..bla..bla... itu semua termasukle dalam kumpulan ALASAN. Hakikatnya semua orang tahu perkahwinan adalah sesuatu yang melibatkan komitment dan revolusi diri (dr baik ke buruk, dari buruk ke baik..ikutlah). Ianya perubahan dalam diri seseorang, dan semua orang tahu perubahan adalah penciptaan yang paling menakutkan , semua orang takut akan perubahan, kerana tidak tahu apa yang berlaku dihadapan kita, terlalu banyak memikir sehingga kepala hotak konfius..stigma barat + dakyah hindustan yang menular dalam kehidupan manusia juga megundang kekeliruan pemikiran manusia termasukla orang islam. Kita disogok kan dengan perkara-perkara perasaan yang berlebihan ,...

Annoying

Ada manusia yang dilahirkan memang bersuara kuat, tetapi ada manusia yang dengan sengaja menguatkan suara dikhalayak ramai, dengan  demikian akan menarik perhatian orang sekeliling terhadap mereka ini,dan manusia ini akan merasakan harga diri mereka yang tinggi jika diberi perhatian seperti itu. Manusia tersebut tidak dapat menerima hakikat jika ada manusia lain yang tidak memberi perhatian seperti yang diharapkan, dan akan cuba untuk mengata orang lain tersebut dan menganggap orang tersebut tidak "menyeronokkan" kerana bersikap dingin padanya. Pada orang yang membuat tidak tahu itu, hanya terus mengendahkan manusia2 ini , kerana sesungguhnya manusia ini sungguh meng'annoying' kan. Moral: Manusia memerlukan ketenangan, jadi sila perlahankan suara anda, kalau suara itu sedap didengar tidak apa lah..kerana tiada ke'BISING'an yang menenangkan di dunia ini.

The Good Old Days

Image
Tetibe teringat my Favourite TVB Series...santak ke maghrib melayan cite ni, mak marah sruh padam TV.. Baru2 ni gugel mencari nama heroin citer tu..baru tahu nama dia Amy Chan Sau Man mostly known as Sau Hau dlm citer tuh..Tuk detail :  http://amychansauman.tripod.com/id22.html

True style never shouts

Image
"“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.Riwayat Muslim" //Gambar-gambar dekorasi rumah tiada kene mengena dengan tajuk entri dan Riwayat Muslim, Sekadar perhiasan untuk menaikkan semangat untuk berdekorasi...huhuhu

Dunia Psikologi - Bipolar Disorder

*** Maklumat berkaitan Bipolar Disorder Jangan berterusan dengan sikap MARAH selama 7 hari atau lebih, Jangan berterusan dengan sikap BERBANGGA DIRI selama 7 hari atau lebih, Jangan berterusan dengan BANYAK BERCAKAP selama 7 hari atau lebih, Jangan berterusan dengan TERLALU BANYAK IDEA selama 7 hari atau lebih, Jangan berterusan dengan BANYAK TIDURselama 7 hari atau lebih, Jangan berterusan dengan KURANG TIDUR 3 jam selama 7 hari atau lebih,  Kerana akan cenderung di serang BIPOLAR DISORDER Sumber: Malaysian Psychiatric Association

Lalat

Setiap perkara yang dicipta oleh Allah, dimuka bumi ini tentu ada fungsi masing2 Kekadang sesuatu itu tidak kita gemari atau senangi, tapi wujudnya sesuatu itu atas kehendak Allah, dan Allah Maha Mengetahu segalanya. Lalat itu, walau kita tidak senangi kehadirannya disekeliling kita. Tapi tanpanya kita tidak dapat mengenal sesuatu yang kotor, sehinggalah deria bau kita mengesan. Sesuatu yang kita tidak senangi itu adalah sesuatu yang memberi kita petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak disenangi pada diri atau sekeliling kita. --- Saya akan diam sediam2nya pada seseorang yang tidak saya senangi, dan mereka yang tidak disenangi itu tidak menyenangi sikap diam saya, maka diam saya umpama 'lalat' pada mereka. Terpulang pada mereka untuk melihat kebaikan mahupun keburukan pada fungsi "lalat" itu. Pada sesetengah orang, sifat "lalat" itu perlu dibuang, tetapi kenapa mereka tidak fikir, perkara yang tidak disenangi dan "kotor" itu yang perlu diubah....

Teringat VS Kenang

Image
(gambar salah satu kenangan, ntah bila dapat rembat gol lagi...ngee~) Agak lama,perkara yang ingin saya tulis dalam blog ini berada dalam kepala saya. Mengenangkan banyak kerja yang perlu disiapkan. Bila masa terluang, tetiba otak dah blur, dan tak tahu nak tulis apa, saya cuba tidak mahu merungut tentang kerja, kerana hari2 pun sama jugak, kerja dengan masalah orang, tidak akan berkesudahan. Tiba2 teringat tentang mimpi saya pagi tadi, tidak pasti la mimpi tuh bermula malam atau sudah pagi baru menjelma, tapi yang pasti ketika saya terbangun, azan subuh dah berkumandang...Mimpi itu membawa saya ke sekolah rendah saya (Sek Ren Kebangsaan Jalan Bomba, Tg Karang), saya didalam kelas sedang menuju keluar kelas, tetiba seolah2 mendengar perkhabaran salah seorang rakan saya meninggal!! Bila terjaga, saya mengucap panjang tetiba saya teringat rakan saya itu, dan kenangan mengenainya menjelma. Memang kami pernah bermain bersama2, naik sekolah menengah (Sekolah Agama Menengah Seri Desa, T...

PINTAR VS KEMAHIRAN BERFIKIR

Saya fikir, mungkin tidak wajar untuk mengingati kenangan lama, tetapi ingatan saya tetap ada pada kenangan lama. Zaman sekolah, bukan ingatan peristiwa seronok pon, cuma beberapa perkara yang saya boleh ingat untuk jadi panduan saya pada masa ini. Saya bukan pintar, baik semasa sekolah mahupun sampai sekarang. Jika ya, saya dah jadi ahli MENSA. Tetapi saya tahu saya ada semangat untuk tahu, dan seterusnya "tahu" itu menjadi maklumat dalam otak saya. Segala maklumat itu lah yang menjadi "tool" untuk saya hidup."Tool" itu menjadikan saya ada kemahiran, kemahiran itu saya guna untuk kerja saya sekarang. Ada orang melihat pintar itu satu anugerah, untung orang yang pintar boleh berjaya dalam apa juga bidang. Pintar itu umpama "toolbox". "Toolbox" yang dipenuhi dengan alatan2 yang lengkap, ada tukul, ada spanar, ada screw. Bagi kita yang kurang pintar ini, kita juga perlukan "toolbox" itu, tetapi kita perlu cari tool itu sendi...

Order Makan

Image
Bagaimana setiap kali kita mengorder makan di kedai makan? Kebiasaanya sesuatu yang kita mungkin tak pernah makan dirumah atau tak reti nak buat dan masak, atau sesuatu yang tak mungkin jumpa jika tidak dikedai makan. Saya pernah terpikir, bila nampak ada jual meggi di kedai makan, sambil terpikir ada ke org nak order meggi kat kedai makan, kalo setakat meggi, buat kat rumah pon boleh. Ataupun mereka yang order air sirap...ek eleh..itu pon kat rumah boleh buat..hihihi. Atau pun jika kita ke kedai yang specific oriented nya, mcm restoran arab yang berorientasikan makanan arab tapi ada orang yang order nasi goreng kampung....ape ko hey...Itu kedai makan melayu pon ada, boleh masak sambil siram bunga lagi... Apa-apa pon, masing2 pye tekak and perut la kan...kita tak boleh nak bangkang semuanya dalam hidup, sesekali kene terima walaupun diluar ke"munasabah"an...ngee~~

Tanpa mengenali bagaimana mahu memahami

Entah apesal saya letak title mcm tuh..huhu Di persekitaran saya, entah kenapa sll membuat saya terpikir, kenapa org management musuh ketatnye org teknikal. Or vice versa Org management mcm PM, AM, SA selalu x puas hati dengan programmer, technician...sedangkan kami jugak le yang menyelesaikan masalah mereka ketika mulut manis mereka berbicara dengan client/customer dan menyatakan yang mereka boleh membuat SEMUA nya perfect.. Ada je salah technical person, kkdg the problem has been solved, tetap ade issue jugak...mungkin dibangkitkan pulak isu attitude, huh...seperti management people sempurna sangat tidak pernah melakukan kesalahah or worst thing effect the company reputation. Kenapa x boleh duduk semeja, memahami tanggungjawab masing dan percaya antara satu sama lain??? Semuanya datang kerana tiada respect disebelah pihak (most by mngmnt ppl) dan terlebih respect ke atas org lain (most by technical ppl). Moral: Untuk faham melalui kenal diri sdr dan org lain, untuk...

Serius

Adakah anda tidak suka akan keseriusan, saya percaya serius itu perlu bila masa tertentu, bila mana kita bekerja, bila menghadapi masalah dan bagaimana kita mengatasinya ianya perlukan keseriusan dalam membuat keputusan. Serius tentulah berbeza dengan menggelabah, saya akui saya serius dalam kerja dalam mengutarakan sesuatu perkara melibat isu akhirat dan lain2...jadi jgnlah nak main2 kan isu tersebut dengan saya.

Jalan Cabaran

Salam, Andaikan kita diberi 2 jalan, satu jalan kita tahu ianya mudah sampai, mungkin lebih dekat, tiada banyak rintangan, dan satu lagi jalan yang kita tahu, jauh, susah untuk ditrentangi, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk ditempuh. Ada antara kita ditakdirkan untuk TIADA pilihan, TERPAKSA memilih janlan kedua yang penuh cabaran dan rintangan, kerana jalan yang mudah, ditutup, hanya untuk kroni atau untuk orang2 tertentu. Ada antara kita, disuruh untuk memilih yang jalan mudah, kerana itu tradisi, mesti ambil yang jalan mudah. Namun ada org yang tiada disuruh untuk memilih jalan yang mudah, juga dalam masa yang sama tidak terpaksa melalui jalan penuh cabaran, tetapi org ini tetap mahu memilih jalan yang penuh cabaran, dan setelah pilihan dibuat, maka bermulalah tanggungjawab org itu menanggung cabaran2 yang bakal dihadapi. Dalam meniti jalan penuh cabaran, percayalah kita sebagai manusia tidak dapat lari dari hakikat rasa diri "Aku mampu menghadapinya"...tanpa dapa...

Hak Untuk Selfish

Pernah tak korg rase korang dah ter'selfish', saya rasa perasaan ter'selfish' bila melibatkan hak diri untuk berehat mcm spoilt by someone or something...Ye memang x bagus untuk bersikap selfish, tapi pada saya ada 2 keadaan untuk saya rase berbaloi untuk mengorbankan hak diri, first, for my family (mak, abah, kakak , abang, adik2,makcik..bla..bla), secondly, untuk diri saya sdr.. Kawan?...maaflah saya bukan le org yang ber 'gang of the cruel', jgn la nak ajak saya bergeng2...bukan sombong ..tapi saya x kesah kurg kawan..tapi adenye kwn yang berkualiti sudah cukup..walaupon x le sampai bergeng atau berkuncu... Bukan senang nak jaga hati kawan...especially bagi org mcm saya yang sbnr nya malas nak pujuk, or layan mmbr yang sensitif gile..n bla..bla.., ada kala tuh saya rasa org yang sensitif ini lebih selfish, dari org yang x sensitif dg perasaan org ... saya terpikir tidak kah org yang sensitif ini paham kesusahan hati org lain yang dianggap bersalah kerana ...

Kenduri

Rancangan mahu upload gambar kenduri shafful tempoh hari, tapi nampaknye kene setelkan edit dlu gambar kami yang kontrol ayu dan hensem di petang hari..