Posts

Kain Viscose Sulam Dan Labuci Dari Indonesia

Image
Pengenalan Kain Viscose Sulam Dan Labuci Dari Indonesia Kain Viscose Sulam labuci dan benang emas, Kain Lembut beralun tanpa alas,ada terdapat dalam pelbagai warna ( UNGU , COKLAT , BIRU dan lain-lain). Keterangan : Satu set kurung + selendang Jenis sulaman : Sulaman tangan (benang) Bahagian sulaman : badan dan hujung lengan Material : Kain Viscose Ukuran : 4 meter Kain Viscose mempunyai ciri-ciri seperti cotton, cotton di perbuat daripada kapas manakala VISCOSE diperbuat daripada Eucalyptus-sejenis pohon pinus). Ciri2 viscose :   - Terasa lembut dan dingin di kulit - Kainnya jatuh, tidak keras dan warnanya mengilat - Meresap peluh - Boleh dicuci biasa   Harga dari RM90 (Boleh 3 kali bayar)

KErja...Kerja..Kerja

Teringat nasihat dari seorang sifoo dalam bekerja, ikhlas dalam bekerja dan niat untuk Allah. Betul..100% betul, bukan bekerja sahaja kena niat segalanya untuk Allah, semua yang kita bukan kene sandarkan matlamat untuk Allah. Pangkat, habuan material seperti gaji yang diterima, minah cun dalam pejabat atau mamat hensem ala-ala sheikh Muzaffar, semua itu bukan kekal. Pangkat boleh jatuh, Kaya boleh miskin, Cantik boleh huduh, Senang boleh susah, Suka boleh derita. Jika itu semua yang kita sandarkan maka kelak bila ianya akan hilang, jiwa kacau. Mengejar cita-cita dan untuk kemajuan diri itu betul, jika tidak kita tidak memikirkan usaha untuk mendepani cabaran hidup. Tekanan dari cabaran itu baik, jika tidak kita tidak percaya kepada tarbiah yang diberi oleh Allah untuk kita membetulkan diri. Kesibukan dalam bekerja itu baik, jika tidak kita akan lalai dalam  kelapangan hidup. Mustika Hadis.. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan ...

Bukan Aku...So what????

Bukan Aku yang buang bayi yang baru lahir.... Bukan Aku yang bakar bayi dalam tong sampah... Bukan Aku yang bakar Gereja..ketika isu nama 'Allah' hangat di Malaysia... Bukan Aku yang dera syafiah humaira.. Bukan Aku yang terajang syafiah Humaira... Bukan Aku yang rampas kerajaan Perak.. Bukan Aku yang menghina Allahyarham Sultan Johor... Bukan Aku yang meneruskan tradisi x masuk akal, bersekedudukan dengan bukan muhrim macam laki bini... Bukan Aku yang buang orang tua di stesen bas... Bukan Aku yang buat webcam lucah... Bukan Aku yang merempit haram.. Bukan Aku yang merompak.. Bukan Aku yang mencuri.. Bukan Aku yang pinjam harta orang untuk memenuhi kehendak aku.. Bukan Aku untuk mencipta fitnah... Bukan Aku yang membuka fitnah..

Sasaran Ku

Tak semena-mena pulang kekampung sempena cuti maulidul rasul kemarin, saya temui nota yang saya tulis pada tahun 2001 masa kemas-kemas rumah. Antara tulisan itu ialah: Jawapan bagi persoalan Apakah sasaran saya dalam pekerjaan untuk 10 tahun akan datang (jika ianya ditulis tahun 2001 bermakna ianya jawapan sasaran untuk tahun 2011, bermaksud sasaran itu tamat pada tahun depan...huhuhu..saya pon kurang ingat dan pasti tentang tulisan ini). 1- Pekerjaan Saya : Pegawai di Putrajaya (hehehe...macam tak sangka saya tuliskan jawapan itu dulu, sebab kini saya adalah salah seorang team untuk satu project di Putrajaya. Tapi bukan la pegawai seperti saya gambarkan dulu..tapi x sangka ianya macam sama je...alhamdulilah) 2- Berapakah pendapatan tahunan yang saya yang saya impikan: RM36,000 or 3K a month (x smpai lagi..but ini macam motivasi untuk teruskan kerja keras,,,,chayokk!!!..1 year remain...insyaAllah) 3-Berapa banyak tanggugjawab yang sanggup saya pikul?: 3-4 (tiada penjelasan...

Perempuan oooo Perempuan

Org perempuan selalu membesar2 kan perkara yang kecil. Selalu kerja yang tidak terlalu susah, digebang susah yang amat sangat Tidak terlalu sibuk...digebang diri sibuk Gila..

Habis Baca Buku

Salam... Akhirnya aku bisa menamatkan pembacaan buku Saasatul Ibaad - Faisal tehrani malam tadi jam 10.00 Malam (23/02/2010), payah tul nak habis buku2 berat, bersejarah ditambah dengan bahasa2 sastera... Next activity nak habiskan buku The linnet bird -Linda Holeman. Bye

Matlamat..Semuanya kerana Allah

Ya Allah, Jika aku ini gagal dimata manusia lain, semoga aku terus kuat dengan matlamat ku..kusandarkan semuanya atasMu Ya Allah...jika apa yang ku miliki sekarang ini walau x seberapa, harap aku redha kehilangannya, sesungguhnya setiap sesuatu di Dunia ini tidak kekal Ya Allah, maka aku hanya sandarkan padamu..Ya Allah yang maha esa..."Hayati..kullaha Lillah..."