Posts

Khawater 9 Malay Transliteration

Image

Kullu Man Fil Kauni

Image
Kullu Man Fil Kauni Kullu man fil kauni hamu fika ya bahil jabini Setiap makhluk di alam ini syahdu kepadamu, wahai wajah yang penuh bercahaya Wa lahum fika gharamu washtiyaku wa haninu Mereka kasih, rindu dan sentiasa mengasihimu Fi ma’anikal anamu qad tabaddat hairina [2X] Timbul kebingungan dalam mengenal maksudmu sebagai manusia Anta lir rusli khitamu anta lil maula shakuru Engkau penutup segala Nabi, engkau insan yang paling bersyukur kepada Tuhan ‘Abdakal miskinu yarju fadlakal jammal ghafiru HambaMu yang lemah mengharapkan kelebihan dan limpahan keampunan Kullu man fil kauni hamu fika ya bahil jabini Setiap makhluk di alam ini syahdu kepadamu, wahai wajah yang penuh bercahaya Wa lahum fika gharamu washtiyaku wa haninu Mereka kasih, rindu dan sentiasa mengasihimu Fi ma’anikal anamu qad tabaddat hairina Timbul kebingungan dalam mengenal maksudmu sebagai manusia Fika qad ahsantu zanni ya bashiru ya naziru Aku telah bersangka baik kepadamu, wahai pembawa khabar ...

Ayahanda..

Lama tidak update blog..31 Jan 2015, saya bernikah Kemudiannya melalui hari2 yang biasa , cuma bertambah tanggungjawab, saya kini anak, adik, kakak, adik ipar, kakak ipar, menantu dan isteri. 1 Feb 2015 - Ayahanda uzur, dimasukkan ke wad hospital tanjong karang, Selangor. Seminggu kemudiannya dia pulang, tetapi dibawa ke rumah along untuk pantauan yang lebih baik. 08 March 2015 - Ayahanda Hj Abd Jalil Bin Yusof kembali ke rahmatullah, semoga beliau ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.

Jahil - Kpop & Charlie Habedo

Image
Kes muslimah dipeluk Kpop kecoh, kita rasa aib, Kes pembunuhan charlie habedo dan hinaannya pada junjungan Nabi S.A.W kecoh, kita rasa marah. Aib kita pada kes peluk Kpop, kerana perlaku itu muslim, tahu dan kenal akan islam, dan siapa junjungan Nabi S.A.W. Marah kita pada kes Charlie Hebdo yang menghina Nabi S.A.W, kerana pelaku itu kafir , tidak kenal dan tidak tahu akan islam dan siapa junjungan Nabi S.A.W. P/S: Kalau dinilai dari sudut kejahilan..maka yang jahil itu pada mereka yang mengaku beriman tetapi mereka tetap melakukan kerosakan. Untuk kes muslimah dan K-pop perlu perhatikan perkara seperti syariat, keperluan @ kehendak, fanatik & obses, lalai, dan paling penting sifat malu. WaAllahuA'lam Kalimat   bodoh   atau   jahil   di dalam al-Qur'an  Bodoh  atau  jahil  diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada dua akar, iaitu  jim ha lam  (j h l) dan  sin fa...

Paragliding..memori datang kembali

Image

Nasihat Ekonomi

Image
Rujukan: http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia/1 http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia/2 http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/10-isu-terbesar-ekonomi-malaysia-2015-dr-nazri-khan http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31367-ekonomi-malaysia-2015-sangat-mencabar http://drdzul.com/2014/12/22/cabaran-ekonomi-malaysia-2015-over-to-you-pmf-najib-razak/ Nasihat Prof Dr Hoo Ke Ping Kepada Rakyat Malaysia & Anak Muda Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE) Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015 Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi.  Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi. Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang. Ini kera...

Disaat Daku Tua..

Image
Disaat daku tua, bukan lagi diriku yang dulu, Maklumilah diriku, bersabarlah dalam menghadapiku. Disaat daku menumpahkan kuah sayuran di bajuku. Di saat daku tidak lagi mengingat cara mengikatkan tali sepatu, Ingatlah saat-saat bagaimana daku mengajarimu, membimbingmu untuk melakukannya. Disaat daku dengan pikunnya mengulang terus menerus ucapan yang membosankanmu, Bersabarlah mendengarkanku, jangan memotong ucapanku. Di masa kecilmu, Daku harus mengulang dan mengulang terus sebuah cerita yang telah saya ceritakan ribuan kali hingga dirimu terbuai dalam mimpi. Disaat daku membutuhkanmu untuk memandikanku, Janganlah menyalahkanku. Ingatkah dimasa kecilmu, bagaimana daku dengan berbagai cara membujukmu untuk mandi? Disaat daku kebingungan menghadapi hal-hal baru dan teknologi modern, Janganlah mentertawaiku. Renungkanlah bagaimana daku dengan sabarnya menjawab setiap “mengapa” yang engkau ajukan disaat itu. Disaat kedua kakiku terlalu lemah untu berja...