Posts

Showing posts from December, 2014

Mencari Kecantikan..

Image
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik ولا مداحا لتكون محبوبا Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai ولا غنيا لتكون سعيدا Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99 Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain هؤلاء هم البشر ! Itulah hakikat manusia! و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal