Posts

Showing posts from October, 2013

Kata bermadah...

Sahabatku
Bahagiamu letaknya di sini...
Dihatimu sendiri..
Bukan pada indah pandangan ditatap mata
Bukan pada senandung merdu didengar telinga..
Bukan pada kelembutan yang dapat kau sentuh..
Ia tidak boleh dikesan pancaindera

Sebaliknya sahabatku..
Kala hatimu bahagia..
Gurun pasir tak ubah taman berbunga..
Cacian dan makian serasa senandung belaka..
Semua yang kau sentuh terasa bak sutera..

Bahagiamu dekat saja, sahabat..
Dihatimu sendiri
Tak perlu kau cari ia..
jauh-jauh disana

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya

Image
Wahai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah dengan sampan yang bernama takwa, isinnya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
Wahai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
Wahai anakku! Janganlah sampai dirimu kenyang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
Wahai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dari mulutmu kata-kata kasar. Jika ingin berbicara juga, berbicaralah perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain.
(Petikan daripada Kitab TafsirRuhul Ma'ani, jilid ke-21, halaman 83)

FAD - Facebook Addiction Disorder

Image
Random House U.S.A is looking for a Random House Digital, Front-End Web DeveloperFacebook Addiction Disorder — The 6 Symptoms of F.A.D.Amy Summers on May 2, 2011 2:50 PM“Okay, I admit it. I am truly addicted to Facebook,” said teenage blogger Heidi Barry-Rodriquez in 2007.  In 2009, teen Neeka Salmasi described the social networking giant as being “like an addiction”. This year, a casino site mentioned that “Facebook provides the atmosphere where it is tough to walk away” in a direct comparison to gambling addiction. A quick web search and it becomes appallingly evident that we have a problem. Text messaging is no longer the biggest teenage obsession, and long gone are the days where the biggest worries for parents were celebrity crushes, massive phone bills from ridiculously long phone calls and chocolate overloads. These teenage obsessions still exist, but in today’s day and age, and in comparison to the Facebook craze, they seem rather insignificant. Facebook is taking over the w…

Janji-Janji Allah - Dian Bil 4

Image
Allah SWT telah berjanji kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh dengan bermacam-macam janji. Janji tersebut tertera didalam Kitab Allah dan sunnah RasulNya: Diantara janji-janji itu adalah
Allah akan menolong hambaNya yang mukmin didalam menghadapi seteru mereka, sebagaimana firmannya (bermaksud) : Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman (Ar-Rum 30:47)Allah berjanji  akan mempertahankan umat islam: FirmanNya (bermaksud): Sesungguhnya ALlah membela orang-orang yang beriman (Al-Hajj 22:38)Allah sebagai wali orang mukmin: sebagaimana firmanNya (bermaksud) Allah pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman (Al-Baqarah 2:257)Allah menjamin akan memberi hadiah kepada hambaNya yang mukmin,sebagaimana firmanNya(bermaksud): Dan sesungguhnya Allah sentiasa memberi hadiah (memimpin) orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus (Al-Hajj 22:54)Orang kafir tidak akan menguasai …

Mukjizat Sabar dalam Alquran

Image
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar
Al-Anfal - 65


Dari Anas bin Malik ra, bahwa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah salah seorang diantara kalian mengangan-angankan datangnya kematian karena musibah yang menimpanya. Dan sekirana ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa, ‘Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku. Dan wafatkanlah aku, sekiranya itu lebih baik bagiku.” (HR Bukhari dan Muslim)

SATU CARA JIMAT BELANJA NEGARA

Image
http://maafcakap.blogspot.com/2013/10/ada-banyak-cara-berjimat.html SIAPAyang tidak sakit hati apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 sekali lagi memaparkan kesilapan, kelemahan malah mungkin juga penyelewengan dalam sistem perolehan pelbagai jabatan, kementerian dan agensi kerajaan?
Benarkah tiris yang sudah menjadi bocor ini terjadi kerana pihak yang bertanggungjawab tidak cekap membuat bajet, tidak pandai mengurus dan mentadbir perbelanjaan atau tidak tahu cara memantau perlaksanaan sesebuah projek? Kerana kelemahan ini, barangan yang dibeli, perkhidmatan yang diperoleh mahupun kos kerja yang diberikan kepada sesuatu pihak menjadi jauh lebih mahal daripada harga pasaran, rendah hasil dan kualiti hingga akhirnya terbiar begitu sahaja.
Siapa yang tidak marah bila pihak yang bertanggungjawab tidak pandai menilai kebolehan sesebuah syarikat? Mengapa projek sesebuah bangunan itu melebihi bajet? Bukankah pihak yang ingin menawarkan kerja itu akan memilih syarikat-syarikat dari yang disenar…

Dian - Bil 4

* MAQASID SYARIAH
Menjaga agama ialah dengan mendirikan syiarnya secara syumul dan mengawalnya dari dipermainkan oleh musuh, atau pun golongan munafik yang berselindung disebalik nama Islam dengan melaksanakan undang-undang murtad dan pencegahan ajaran sesat dari berbagai sudut dengan tegas. Maka wajib ke atas pemerintah, dengan segala kekuasaannya, menjaga agama daripada disia-siakan dan melaksanakan undang-undang yang dapat mempertahankannya.
* FIQHUL WAQI'
Antara kaedah fiqhiyyah yang digariskan oleh ulamak ialah 'darurat mengharuskan perkara larangan' dan "kesusahan mendorong kepada kemudahan". Islam meraikan keadaan begini kerana jiwa manusia kadang2 tidak berupaya meneruskan tuntutan Islam sebagaimana biasa dalam suasana meruncing dan terpaksa, yang kalau dipaksakan juga mereka melakukannya akan menyebabkan mereka melakukan penderhakaan iaitu dengan meninggal langsung tuntutan tersebut atau merasakan Islam sebagai satu bebanan.
* FIKRAH HARAKIAH
Dewasa ini…

Sabarlah wahai diri yang sibuk akan dunia...

Untuk mendapat yg kamu sukai dari Allah, 

kamu seringkali harus menahan diri yg Allah tidak sukai



Ya Allah ampuni kesalahanku, kebodohanku, berlebihan ku dalam urusanku dan apa pun yang Engkau lebih tahu dariku.

Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, gurau sendaku, ketidaksengajaanku dan kesengajaanku kerana semua itu ada padaku.

Ya Allah, ampunilah aku tentang apa yang aku dahulukan (persembahkan) dan aku akhirkan, tentang apa yang aku sembunyikan dan aku nampakkan dan tentang apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkau yang mendahului dan Yang Mengakhiri. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari Abu Musa Al-Asyaari r.a

(Dipetik oleh Imam al-Nawawi didalam Al-Azkar)

Keutamaan Puasa di Hari Asyura (10 Muharram)

Oleh: Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
[Di dalam kitab beliau Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi -rahimahullah- membawakan tiga buah hadits yang berkenaan dengan puasa sunnah pada bulan Muharram, yaitu puasa hari Asyura / Asyuro (10 Muharram) dan Tasu’a (9 Muharram)] Hadits yang Pertama عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi). Hadits yang Kedua عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ. Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim) Hadits ya…