Dian - Bil 4




* MAQASID SYARIAH

Menjaga agama ialah dengan mendirikan syiarnya secara syumul dan mengawalnya dari dipermainkan oleh musuh, atau pun golongan munafik yang berselindung disebalik nama Islam dengan melaksanakan undang-undang murtad dan pencegahan ajaran sesat dari berbagai sudut dengan tegas. Maka wajib ke atas pemerintah, dengan segala kekuasaannya, menjaga agama daripada disia-siakan dan melaksanakan undang-undang yang dapat mempertahankannya.

* FIQHUL WAQI'

Antara kaedah fiqhiyyah yang digariskan oleh ulamak ialah 'darurat mengharuskan perkara larangan' dan "kesusahan mendorong kepada kemudahan". Islam meraikan keadaan begini kerana jiwa manusia kadang2 tidak berupaya meneruskan tuntutan Islam sebagaimana biasa dalam suasana meruncing dan terpaksa, yang kalau dipaksakan juga mereka melakukannya akan menyebabkan mereka melakukan penderhakaan iaitu dengan meninggal langsung tuntutan tersebut atau merasakan Islam sebagai satu bebanan.

* FIKRAH HARAKIAH

Dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadanya, ataupun lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada al-Quran itu, atau lupa untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanaanya buat masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dari kealpaan ini mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak dikalangan sesama mereka.





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Apa itu subsidi?

Kullu Man Fil Kauni