Posts

Showing posts from November, 2009

Dimana Bumi Dipijak..

H**** tempat saya mencari rezeki, tapi saya redha jika saya perlu pergi, rezeki ada dimana-mana. Kerja apa pun sama, yang penting usaha dan ikhtiar untuk membuat yang terbaik. Setiap orang ada disiplin hidup masing-masing. Ada ketikanya, disiplin kita tidak dapat diterima oleh orang lain, maka ketika itu berlaku saya akan pergi...Tiada paksaan untuk orang lain menyesuaikan diri dengan diri kita, tetapi kitalah yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan. Saya bukan orang yang kuat untuk mempertahankan sesuatu walaupun ianya patut.

Rahsia Di sebalik Jenis Darah / Hari Kelahiran

Jenis darah A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai

Darah-darah lain sila lawati : http://pakarhowto.com/rahsia/
hehehe..saya just amek darah saya saje..

Lahir Hari SELASA (//X semua betul pada masa sekarang, tapi yg buruk untuk masa depan harap dpt dielakkan...)


•Tabiat wanita ini suka mencari s…

Faisal Tehrani: Lintasan Hati

Lama saya berada di hadapan komputer ini, memikir untuk menulis entri ini. Akhirnya saya memutuskan untuk menulisnya, dan kemudian lama pula saya memikirkan samada perlu untuk menerbitkannya. Dan kerana tuan-tuan dapat membacanya, ia bermakna saya memutuskan untuk menerbitkannya. Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati.


Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. Bingung sekejap saya. Kerana serta merta nostalgia saya di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) kembali. Beliau antara naqib yang saya kagumi. Malah saya pernah mengekornya ke Taman Melewar untuk berusrah secara rahsia dengan Ustaz Yahya Othman, Ustaz Yaacob Hussain dan ramai lagi. Dalam hati saya memikir, masakan ustaz Asri serkap jarang seperti ini. Apatah lagi keluarga isterinya mengenal ibu bapa saya selaku aktivis sebuah parti di Melaka.

Akan tetapi bila saya dihubungi oleh 'seor…