Posts

Showing posts from June, 2013

Purata gaji profesional ICT meningkat 8.9 peratus tahun ini

Image
Source:  http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130629/ek_01/Purata-gaji-profesional-ICT-meningkat-89-peratus-tahun-ini


Woon Tai Hai menunjukkan buku Jangkaan Pasaran Kerja ICT di Malaysia 2013 pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) menjangkakan purata gaji profesional  dalam bidang industri maklumat (ICT) akan meningkat sebanyak 8.9 peratus pada tahun ini.
Nilai tersebut meningkat sehingga RM7,387 pada tahun ini, berbanding RM6,782 pada 2012. Jumlah itu diperoleh hasil daripada analisis dan kajian sektor pasaran kerja yang dijalankan oleh Pikom bersama KPMG dan Jobstreet.com. Pengerusinya, Woon Tai Hai berkata, kerjaya dalam bidang ICT memberi pulangan yang lumayan dan menjadi tempat kelima dalam sektor kerjaya di negara ini yang menerima gaji yang tinggi.
Katanya, biarpun ekonomi dunia berdepan krisis dan senario politik yang tidak menentu pada tahun lalu, namun pertumbuhan purata gaji di kalangan profesional ICT …

Aku ingin jadi berani seperti ini

Image
Aku ingin jadi berani seperti dia..
HAHAHAHA

Kau tuh perempuan..jangan berani2 sangat...

Aku ingin jadi berani seperti dia
HAHAHAHA..

tengok dulu dimana kau berada...ini bumi malaysia...Tanah Melayu..sifat ketuanan  bangsamu masih menebal...

Perempuan jangan berani sangat..
Perempuan jangan hebat sangat..
Perempuan jangan kuat sangat..
Perempuan jangan pandai sangat..
Perempuan jangan berharta sangat..
Perempuan jangan ada kuasa sangat..

Jangan ada apa pada perempuan itu kata bangsamu yang lelaki..

Kami nak jadi berani bukan untuk bongkak dan angkuh...
Berani bukan untuk menghilangkan rasa tawadhuk
Berani bukan untuk hilang sifat kasih..
Berani bukan untuk hilang sifat pemaaf..
Berani bukan untuk menghilang rasa mulia padamu wahai saudara lelaki ku...
Berani kami untuk mengangkat umat kita menjadi umat yang kuat menuju kejayaan..bukan kah itu yang diseru dalam azan kita..

WaAllahuA'lam

Dapat peluang dan membuka diri menerima peluang

Image
Ketika disekolah dulu, ada seorang cikgu nama dia Cikgu Azizah, dia banyak bagi peluang kepada saya...peluang untuk masuk marhaban berzanji, masuk ping-pong, peluang pengawas pusat sumber, peluang menghantar karangan penulisan, sehingga saya dipilih antara sidang redaksi sekolah,dipilih wakil sekolah untuk peringkat daerah bagi sukan ping-pong dan wakil sekolah untuk marhaban dan berzanji..
Peluang yang dia beri ketika saya hanyalah seorang pelajar biasa, duduk dibelakang ketika dikelas, memang tidak ada apa-apa, dan saya pernah bertanya pada cikgu kenapa bagi peluang tuh pada saya?, bukan ke ada pelajar lain yang lebih menyerlah, lebih2 dalam menonjolkan diri..bagaimana dia tahu saya mungkin berpotensi untuk capai lebih dari apa yang sekadar biasa je yg saya fikir?...adakah ilmu pedagogi seorang guru itu memang perlu mengenal potensi pelajarnya?...dia kate... seorang guru akan terbuka untuk memberi peluang pada semua anak muridnya..ye adakala potensi seseorang memang mudah terlihat.…

SIMPAN CHALLENGE 1

Image
Ayuh kite menyimpan RM1000 sebulan...heheh
Bak kata Irfan Khairi  - Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu


10 Cara Berjimat!








Salah satu cara yang paling express untuk kumpul duit ialah kurangkan perbelanjaan & cari jalan untuk jimatkan duit. Berjimat salah satu benda paling susah nak buat. Hari ni azam nak jimat, tapi esok tengok tengok dah habis duit beli itu ini. Mungkin ada yang nak kahwin, ada yang tengah aim nak tukar kereta baru, nak melancong, atau apa apa je la yang memerlukan bajet besar. So, dari awal-awal ni beringat & berjimat lah. Tak la nanti, last last mini duit tak cukup. Tak pasal pasal kena cancel plan. 1. Masak sendiri Elakkan makan kat luar.Bukan je dapat berjimat tapi terjamin dari segi kebersihan & kesihatan. Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan! So, kalau masak sendiri dah bol…

Jerebu

Cuaca jerebu yang teruk selama beberapa hari tidak hujan
Tadi lepas zuhur, masjid negara buat solat istisqa' (minta hujan)
Alhamdulilah lepas asar..hujan pun turun

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_29/Semua-masjid-dimohon-lakukan-solat-sunat-Istisqa

Lelaki baik yang kecewa

Bahruddin bekri ini selalu je ade karya2 yang best..copy n paste je..hehe, Dipetik dari http://dingin.blogspot.com/2013/06/lelaki-baik-yang-kecewa.html Lelaki baik yang kecewa Pernah dahulu saya berfikir negara ini adalah seorang gadis cantik, lagi jujur. Yang harus dicintai sepenuh hati, sampai ke mati pun tidak akan sia-sia cinta itu.

Lalu fikiran itu membawa saya kepada kisah-kisah lelaki baik, yang mencintai gadis cantik dalam diam.

Anggap sahajalah, kamu lelaki baik itu. Baik lagi pemalu, dan hanya mampu memandang dari jauh. Memandang dari balik tingkap, dan terkadang sekiranya ada peluang, mengikutinya di dalam bas. Dari tempat duduk kamu, kamu mengintai-intai gadis itu, dari celah-celah kepala manusia di dalam bas.

Ada ketika, gadis itu berpaling kepada kamu, bertentang mata, kamu segera tunduk, atau segera mengalih pandangan ke tingkap bas.

Paling berani, kamu hanya tersenyum kepada dia semasa berjumpa di pasar malam. Paling hebat, kamu bertanya, "Seorang sahaja?" Ga…

SUSAH - PINTAR...

Image
Pernahkah kita terfikir adakalanya dengan kesusahan yang hadir dalam hidup kita..kita menjadi lebih cerdik dalam menguruskan dan mencipta peluang yang lebih baik dalam hidup...Bak Aqwalul hukama'

"Qad talidu alma~si 'Abqariyyan" (x jupe la dalam tulisan arabnye..:))
 - adakalanya tragedi2 yang berlaku melahirkan orang yang pintar


WaAllahuA'lam

BONUS - Satu peringatan untuk diri

Image
Ya Allah janganlah Kau jadikan kerjaku fitnah pada diriku dan keluargaku...
Sebagai manusia, tentulah seronok dapat bonus setelah penat lelah membanting tulang sepanjang tahun...:) Ayat macam membanting di tengah bendang atau ke ladang je..
Apa-apa pun rezeki dan nikmat yang diterima jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur...beri banyak pada yang lebih perlu..ingatan pada diri, amanah jangan dikhianati, tanpa kita sedar dengan merungut bersungut, kurang itu dan ini juga tanda-tanda khianat pada kerja yang diamanahkan..bukan tidak boleh mengeluh, tapi perlu juga sesekali bende yang kita fikir patut dapat tapi tidak kita dapat, kerana denggannya kita melalui proses muhasabah diri..
Yang penting kita sama-sama tingkatkan produktiviti, dan ingat AMALAN yang bagaimana untuk dibawa akhirat untuk dihisab kelak
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


AQT 8:27 [Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati…

Jimat..

Image
"Ni...camne nak berjimat ye?..."
Tanya seorang teman..saya senyum..
Teman ini tahu saya memang orang yang jimat, dia tahu mana..mungkin dari luaran kot..
maklum dia akan saya yang memang tak bergaya dengan gaya 'Vogue' the vagas..umur 3 series masih
dengan KRISS 100cc...kadang2 bawak bekal ke office, telefon biasa je..asal boleh call and message

Ini pandangan saya yang tak seberapa...
Pertama, dalam nak buat sesuatu kita kene tetapkan "mutajarrid" kita, fokus dalam buat apa-apa pun kat dunia ini semuanya dibuat dengan LillahiTaala, kena sedar dunia ni tempat musyaqqah, ujian susah dan payah..lepas satu, datang satu lagi ujian dalam hidup, sebab itu pentingnya kita MERANCANG

Buat perancangan dalam perbelanjaan harian kita, bukan membuta tuli berjimat...bimbang kita tidak boleh istiqamah dengan apa yang kita buat, dalam merancang tetapkan TUJUAN untuk jimat...sebab apa nak kumpul duit?, berapa lama nak kumpul dan simpan?

Kedua, cari ILMU mengenai pengurusan …

kenapa saya anti-sosial dan tidak bersosial network...??

macam lah ade org btul2 tertanya2 tentang itu, jangan nak perasan boleh tak...hehehe, saje la...lagipon ini blog saya...sukati gua la kan...:)

Kita sudah tahu bahwa Facebook ibarat pedang bermata dua, jika kita gunakan secara bijak, maka sangat bermanfaat untuk dakwah dan silaturahmi. Facebook juga punya sisi negatif, terlalu berlama-lama dan terbawa arus dunia facebook juga bisa “wasting time”, buang-buang waktu yang tidak kita sadari. Awalnya mungkin kita ingin sekedar refreshing atau ingin tahu kabar-kabar ringan sebelum mengerjakan tugas. Tapi ternyata setelah membuka beberapa link yang di posting oleh teman kita, kita menjadi pensaran, akhirnya kita telusuri berita politik terbaru, kita telusuri fenomena terbaru kita cari-cari tulisan-tulisan yangupdate masalah hangat. Padahal hakikatnya kita membuang-buang waktu, berita-berita itu tidak terlalu penting bagi kita. Belum lagi ada status teman yang unik, menarik kemudian kita saling komentar, saling menunggu bahkan terkadang saling…

Nasib seorang Mak...

Mungkin ramai antara kita yang seharian sibuk mengejar kesenangan duniawi. Beribadah dah cukup lengkap. Solat tak pernah tinggal apa lagi sedekah amal jariah. Tetapi mungkin ada satu yang kita terlupa. Renungkanlah
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon Mak 
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak..

Renungkan:
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah“. Berde…

Peringatan Rasulullah yang dilupai muslimah

Image

Di setiap kelebihan ada ujian...

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai fitnah. [al-Ankabut 21:35]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ
فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ.
Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).[2]


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا
وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Apabila Allah mengkehendaki bagi hamba-Nya k…

Khadijah

Image
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” 

Fatimah...

Image

Sabariah...

Image