Purata gaji profesional ICT meningkat 8.9 peratus tahun ini

Source:  http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130629/ek_01/Purata-gaji-profesional-ICT-meningkat-89-peratus-tahun-ini


Woon Tai Hai menunjukkan buku Jangkaan Pasaran Kerja ICT di Malaysia 2013 pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) menjangkakan purata gaji profesional 
dalam bidang industri maklumat (ICT) akan meningkat sebanyak 8.9 peratus pada tahun ini.

Nilai tersebut meningkat sehingga RM7,387 pada tahun ini, berbanding RM6,782 pada 2012.
Jumlah itu diperoleh hasil daripada analisis dan kajian sektor pasaran kerja yang dijalankan oleh Pikom bersama KPMG dan Jobstreet.com.
Pengerusinya, Woon Tai Hai berkata, kerjaya dalam bidang ICT memberi pulangan yang lumayan dan menjadi tempat kelima dalam sektor kerjaya di negara ini yang menerima gaji yang tinggi.

Katanya, biarpun ekonomi dunia berdepan krisis dan senario politik yang tidak menentu pada tahun lalu, namun pertumbuhan purata gaji di kalangan profesional ICT di peringkat junior dan senior.
"Usaha kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Digital menjadi faktor utama pertumbuhan gaji dan industri ICT," katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Jangkaan Pasaran Kerja 2013 itu di sini hari ini.

Katanya, menurut kajian itu, pekerjaan berkaitan jualan, pemasaran dan pembangunan perniagaan kekal dalam senarai lima pengkhususan pekerjaan yang dicari oleh majikan.
"Berbanding dengan beberapa negara maju yang lain, pertumbuhannya agak rendah tetapi ia tetap positif.
"Purata gaji di peringkat kemasukan graduan IT baharu meningkat sebanyak 4.7 peratus daripada RM2, 238 pada tahun 2011 kepada RM2, 343 pada tahun 2012," katanya
Woon menambah, Malaysia perlu meningkatkan purata gaji bagi mengelakkan penghijrahan dan kehilangan bakat di negara ini.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni