Posts

Showing posts from 2013

Wahai pemimpin kami..

Image
Kita ketandusan pemimpin.. Pemimpin yang mampu menguruskan dunia tanpa mencintainya.. Dunia ini mesti ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak mencintainya Sudah tiba 'figur' zuhud terjun ke medan politik.. Ayuh!!!
Pemimpin yang bertakwa kpd Allah, berakhlak dgn manusia, Itqan dlm menjalankan peranannya, bagi mereka dunia ini sebagai alat menuju akhirat, mereka tidak membenci dunia, tetapi sangat berhati2 dgnnya, dunia yang halalnya dihisab, haramnya diazab.
Kuasa bukan anugerah, tetapi amanah, mengutamakan kehendak Allah, bukan kehendak manusia
Bak monolog Umar bin Abd Aziz "Jauhilah aku daripada jabatan khalifah seperti jauhnya timur dan barat"
Sikap pemimpin yang bertakwa, Rakyat ibarat ditarik kuasa magnetik untuk patuh dan mencintai zahir dan batin.Kepatuhan lahir daripada hati, bukan ambil hati. Dengan Jiwa takwa, rakyat akan terhibur kerana hidup pemimpin lebih kurang sama dengan rakyat.

TURUN - DATARAN MERDEKA 31122013

Image
Saya cuba memahami..apa yang betulnya menaikkan kos keperluan hidup rakyat?

Rakyat perlukan minyak..
Rakyat perlukan tol
Rakyat perlukan elektrik
Rakyat perlukan bas sekolah
Rakyat perlukan rumah
Rakyat perlukan LRT
Rakyat perlukan Air

Saya cuba memahami..apa yang bagusnya memaksa rakyat untuk membina perniaagaan supaya pendapatan mereka bertambah dan segala kos ini boleh ditanggung?

Saya cuba memahami.. kenapa rakyat tak boleh merungut atas semua  ini?

Saya rakyat yang paling benci merungut..saya bukan orang yang suka sangat nak menuntut hak saya, saya suka bersikap moderate terhadap banyak perkara..YA saya boleh memilih urusan yang mudah dengan terima sahaja apa yang telah ditetapkan oleh pemimpin dan kerajaan, YA saya boleh memilih untuk diamkan sahaja tak payah banyak soal, tak payah mencari tahu dimana, bagaimana , apakah , siapa dan kenapa semua ini berlaku. YA saya boleh memilih menjadi begitu untuk semua perkara..tapi BUKAN untuk perkara yang membuat saya terfikir tentang beb…

Zombie

Image
Sometimes things change..sometime you have to let people go..sometimes you need to leave them sometimes you need to forget..sometimes memory's are so paintful that you push them away and they come up later if you don't deal with them..sometimes life can kill you again and again yet leave you alive inside.. sometimes you just need to forget everything..and start again..from beginning..without anyone or anything from your past

Kos Sara Hidup di Malaysia

Image
Apabila RM12,000 sebulan masih tidak cukup untuk hidup di Malaysia OLEH PASUKAN THE MALAYSIAN INSIDER
DECEMBER 29, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 29, 2013 02:59 PM Berapakah gaji yang diperlukan untuk hidup di Malaysia? Inilah persoalan yang sukar dijawab sejak kebelakangan ini namun bergaji RM12,000 sebulan di Pulau Pinang tidak menjanjikan hidup yang selesa. Caroline Wong, 34 seorang kerani tinggal bersama suaminya seorang pengurus jualan dan anak perempuan mereka yang masih kecil.  Setiap hujung bulan, mereka mendapat RM12,000 sebagai pendapatan bulanan namun sejak kebelakangan ini mereka berasa ia sudah tidak mencukupi. "Kami kini terpaksa makan di rumah dan tidak boleh lagi membeli barangan mahal termasuk pakaian berjenama sebagaimana dahulu," cerita Wong kepada The Malaysian Insider. Menurut Wong semua orang kini terpaksa berjimat dengan cara mengurangkan perbelajaan di mana perlu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup. Wong berkata, dia dan suaminya terpaksa membayar RM4…

Berinovasi dan berteknologi

Image
Saya mengaku saya tak berminat menjalani hidup dengan cara Hi-Tech, berwhatsApp, berfacebook, berlaptop, beriPad..walaupun saya pernah keje di HeiTech padu.. hehehe, setiap orang ada hak untuk memilih cara yang disukai dan digemari untuk menjalani kehidupan sehari2..saya lebih suka telefon sahabat directly dari berwhatsApp..saya lebih suka berjumpa terus dari berfacebook..saya lebih suka datang office guna PC untuk bekerja dari pakai bomgar dan membawa laptop kehulur kehilir... saya lebih suka membaca buku dari kertas yang dicetak dari buku dalam iTab.

Tapi ada ketika saya mengaku saya terpaksa menggunakan teknologi yang ada..kerana desakan tertentu..contohnya..saya terpaksa menginstall WhatsApp didalam laptop saya hari ni (x sangka ianya berjaya) selepas handphone tercampak dan line celcom untuk saya SMS and call tergendala.

Kesimpulannya, dimana-mana sahaja kita berada kita  akan bertemu dengan situasi yang mendesak kita untuk melalui proses perubahan, tapi perlu diingat, selagi ki…

La haula wala quwwata illa billah

Image
Sana sini, orang bercakap soal harga naik..semua pihak memberi pandangan dan idea bagaimana menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Kerja keras , kerja keras..tapi jangan dilupakan soal spiritual dalam hidup.

Sumber

http://www.beritasemasa.com.my/
http://www.malaysiakini.com/news/250390

At - Tabrani ada menukilkan di dalam Al-Ausat iaitu daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasullullah S.A.W bersabda "Sesiapa yang dikurniakan Allah suatu kenikmatan, hendaklah dia membanyakkan menyebut 'Alhamdulillah'. Sesiapa yang byk dosanya hendaklah memohon ampun kepada Allah. Sesiapa yang berasa rezekinya dilambatkan, maka hendaklah memperbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billah" (Riwayat Tabrani)

Ibnu Abi ad-Dunya r.a meriwayatkan hadis marfu' daripada Asad bin wada'ah r.a, Rasullulah S.A.W bersabda " Sesiapa yang membaca 'La hawla wala quwwata illa billah' sebanyak seratus kali setiap hari , nescaya dia tidak ditimpa kefakiran selama-lamanya&quo…

Nasihat Imam Tajuddin As-Subki kepada para penuntut ilmu

Image
Berhati-hatilah apabila mendengar apa yang berlaku antara Imam Ahmad Bin b. Hambal dan al-Harits al-muhasibi. Jika kamu menyibukkan  dirimu dengan ini, aku bimbang maut menghampiri-mu. Mereka adalah pemimpin ternama agama dan ungkapan mereka mempunyai banyak makna, yang mana sebahagiannya mungkin telah tersalah tafsir. Adapun kita, kita tiada urusan lain melainkan membenarkan mereka dan berdiam diri terhadap apa yang berlaku sesama mereka. Sepertimana yang berlaku kepada para sahabat, moga-moga Allah merahmati mereka semua..(Kitab Qa'idah fil jarh wat ta'dil)

Just read

Zaman Yang Semakin Buruk ?

Image
Dari Zubair Ibnu Adi katanya "Kami telah bertemu Anas Ibnu malik r.a dan mengadu kepadanya apa yang telah kami temui daripada kezaliman Hajjaj. Kata Anas Ibnu Malik "Tidaklah berlalu satu tahun, melainkan tahun yang datang selepas itu lebih buruk daripada tahun yang sebelumnya, sehinggalah kamu bertemu dengan Tuhanmu, aku mendengarnya daripada Rasullullah S.A.W" (Riwayat Al-Bukhari)




JIKA ALLAH MENYAYANGI HAMBANYA

Image
Jika Allah menyayangi seorang hamba Nya, maka : 1. Allah mengujinya (baik dengan kesenangan ataupun kesusahan) kemudian menolongnya dengan kesabaran. Dalam sebuah hadits disebutkan, Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya (HR. Bukhari)
Di AlQuran surat Ali Imran ayat 146 juga disebutkan, ”Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”. Ujian yang Allah berikan, baik itu berupa kesenangan ataupun kesusahan adalah salah satu bentuk sayangnya Allah kepada kita. Jangan merasa hina jika Allah timpakan cobaan kepada kita. Jangan pula merasa gagal jika Allah menakdirkan keburukan kepada kita. Karena apapun bentuk cobaan yang diberikan, itu semua adalah untuk kebaikan kita, karena Allah menyayangi kita dan tahu yang terbaik untuk diri kita. Jika kita bersabar dalam menghadapinya, yakin deh, Allah pasti lebih sayang kepada kita. Justru kita harus bertanya pada diri sendiri jika merasa aman dari cobaan, apakah Allah tidak menyayangi kita lagi? (Nah lo...)
2.…

Fattabiouni

Image
http://www.fattabiouni.com/
خاتم الرسالة
أداء : أحمد بن سميط  كلمات : الإمام عبدالرحمن بلفقيه  توزيع فني : علي خفاجي  إخراج : عبد الله بلفقيه  إنتاج وتوزيع : ضياء الإعلامية
Lyrics


وقد أتانا خاتم الرسالة، بكل ما جاءوا به من حله، فعم كل الخلق بالدلالة، وأشرقت مناهج الكمال .. فكله فضل أتى ورحمة، وكله حكم هدى وحكمة، وهو إمام كل ذي مهمة، وقدوة في سائل الخصال .. فما مضى حتى أقام الدين، وصار سهلا واضحا مبينا، فلم تخف أمته فتونا بل عصموا في الجمع عن ضلال ..

Ring Message
Performance: Ahmed bin Samit  Song: Imam Abdulrahman Balfaqaih  Distribution technician: Ali Khafaji  Directed by: Abdullah Balfaqaih  Production and distribution: Dia media
Lyrics

The ring came to us the message, whatever came of it dissolved, overfill give indications of all creation, and brightened approaches perfection .. Vklh preferred to come, and mercy, and the whole rule of guidance and wisdom, an imam with each task, and role models in the media qualities .. So what went so established religion, and became easy and clear noting, not …

Run back to ALLAH

Image

Bank Dunia jangka tempoh sukar tahun depan

Image
Bank Dunia jangka tempoh sukar tahun depan Aidila Razak3:53PM Dis 12 2013 Bank Dunia memberi peringatan kepada warga Malaysia untuk bersedia menghadapi tempoh sukar pada tahun depan apabila perbelanjaan isi rumah dijangka terjejas ekoran langkah pemotongan subsidi dan langkah lain yang diperkenalkan kerajaan.
Laporan dalam penerbitannya, Economic Monitor terbitan 10 Disember menyebut, walau dengan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, isi rumah di negara ini perlu lebih berjimat cermat – yang akan menjejaskan penggunaan persendirian.

Ia turut menyatakan bahawa BR1M akan menyebabkan kerajaan menanggung RM7.1 bilion. Oleh itu, pengurangan subsidi bahan api dijangka akan meningkat dari 23 peratus kepada 28.6 peratus untuk mencapai sasaran penjimatan.

Bagaimanapun, Bank Dunia menjangka kadar inflasi hanya meningkat sedikit pada 2014, dari 2.3 peratus pada 2013 kepada 3.2 peratus, ekoran keadaan seperti harga komoditi yang lemah.

“Subsidi tenaga yang berkurangan, bukan saja dari segi penin…

Profil Muslim Beruntung

Image
Aku Mahu.. Mahu Apa? Mahu dikasihi Allah Kasihilah dirimu dan kasihilah orang lain Aku mahu jadi segagah-gagah manusia Sentiasalah menyerah diri kepada Allah
Aku Mahu Mahu apa lagi? Aku mahu jadi manusia paling baik Jadilah manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat Tapi apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah? Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian-Nya Apakah pula sebesar-besar kejahatan Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

5 profil manusia beruntung
Akidah yang sejahteraBermanfaat untuk orang lain Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - AnNur:22
Ibadah Yang Benar Dan (ingatlah) Aku tidak men…

http://productivemuslim.com/ >> Ini website yang mesti dikunjungi setiap hari

Formula menjadi ummah cemerlang

Image
Daripada Al-'Irbad bin Sariyah katanya Rasullulah saw telah memberikan nasihat pada suatu hari iaitu selepas solat Subuh, suatu nasihat yang sangat bererti yang membuatkan air mata mengalir dan hati-hati terusik. Seorang lelaki berkata ini adalah nasihat perpisahan.
Apakah wasiat engkau kepada kami wahai Rasullulah? Rasullullah menjawab: Aku mewasiatkan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun yang memerintah kamu adalah seorang hamba Habsyah. Sesungguhnya siapa yang hidup di kalangan kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Justeru jauhilah perkara-perkara baru dalam agama kerana perkara-perkara baru dalam agama adalah sesat. Sesiapa yang sempat dengan situasi tersebut maka berpeganglah dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rashidin yang memberi petunjuk. Peganglah dengan gigi geraham kamu. Imam at-Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai hasan sahih

Duhai Pemuda & Pemudi

Image
Al-Yunus (10:83)
Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil (pemuda-pemuda) dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi dan sebenarnya dia dari orang-orang yang melampaui batas. (83) Al-Kahfi (18:13)
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (13)
Ibnu Abbas berkata "Allah tidak akan mengutuskan seorang Nabi melainkan dari kalangan pemuda. Seorang yang berilmu tidak akan dikurniakan ilmu kecuali ia sedang tumbuh sebagai pemuda".

Tanggungjawab pemuda pada era dan zaman penuh fitnah:
Menjaga identiti muslim Wasiat Rasullullah
bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu beradaMenjaga keturunan dan keluarga  Allah berfirman wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu d…

Muslimah rujukan wanita

Image
Joana Francis, penulis dan wartawan dari US, dlm laman web Crescent and the Cross, dia menulis ungkapan hatinya tentang kekagumannya terhadap wanita Muslim, ungkapannya mnejadi cermin dan semangat bagi para muslimah antarabangsa untuk bangga akan identiti sebagai seorang muslimah, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan pengaruh budaya Barat yang melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang muslimah untuk istiqamah mengikut cara-cara hidup yang diajarkan islam.
Tulisan Francis - Kepada saudariku para Muslimah
Walaupun mereka mengenakan pakaian yang sederhana, kecantikan mereka tetap terpancar dan kecantikan itu bukan sekadar kecantikan fizikal semata-mata Kalian menjalani kehidupan yang alamiah sebagai perempuan. Di barat, kaum perempuan juga mengalami juga menjalani kehidupan seperti itu sehingga era tahun 1960-an , lalu kami juga dibom oleh musuh yang sama. Walau bagaimanapun kami tidak dibom dengan ketenteraan, tetapi oleh tipu muslihat dan korupsi moral. Mereka mengebom kami , da…

INSAN UNIK DI ANTARA KITA

Image
Photo credit: deliveringhappiness.com

INSAN GEMBIRADI KALANGAN KITA

DALAM ramai-ramai kawan, kita pasti ada seorang kenalan yang sungguh baik hatinya. Dia suka menolong dan murah dengan senyuman. Jika kita perhatikan, dia bukan jenis orang yang suka marah-marah. Kerana itu, dia sering jadi bahan gurauan samada secara bahasa mahupun secara fizikal. Jika digusti atau digeletek pun dia akan tertawa hingga kita pun turut berair mata. Bila diperhalusi perangainya, dia seorang yang jujur, malah ada kalanya lurus bendul. Betapa pun, kita senangi dia kerana akhlaknya baik serta boleh dipercayai.

Kadangkala perangai dan sikapnya ini menjadikan kita iri hati. Maklumlah, sikapnya yang sederhana dan selamba itu berbeza dengan kita yang punyai mood yang pelbagai. Kita mudah tersenyum tetapi mudah juga mencebir.

Kita ada kalanya menggunakan bahasa tinggi dalam pertuturan tetapi selalu juga menggunakan bahasa kesat dan celupar. Ada waktu kita memberi laluan pada orang yang hendak berselisih troli dengan …

Pendidik Murabbi

Image
Membaca artikel2 selepas bajet 2014, termasuklah kenyataan berkaitan gaji guru lebih tinggi dari guru pensyarah, ketidakadilan pada pensyarah, tuntutan kerja yang banyak dan lain2..
http://www.beritaterkini.my/tangga-gaji-guru-sekolah-gaji-pensyarah-universiti http://www.beritaterkini.my/skim-gaji-pensyarah-universiti-naik http://www.beritaterkini.my/semakan-gaji-guru-2013-naik-imbuhan http://www.beritaterkini.my/gaji-gred-pensyarah-imbuhan
Suatu ketika dulu malah sampai kini saya rasakan kerjaya pendidik samada guru atau pensyarah adalah kerjaya yang paling dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat, Betapa penting guru memberi didikan pada setiap individu, sehinggakan ianya umpama ulama yang mewarisi tugas para anbiya.
Hadis Nabi s.a.w bermaksud "Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh kepadanya"
Saya akui cemburu, betapa kerjaya ini tidak mampu say…

Al-Fityan = Shabab = Pemuda

Image
Lirik Melayu disini https://www.youtube.com/watch?v=7ahJKMDNvJU#t=31
Wahai sahabatku pemuda pemudi -sedarkah kita? Pemuda ditanah air kita ini sangat jauh ketinggalan dari segi pemikiran, kesabaran, jiwa besar.. bukan budaya bangsa yang membezakan kita dengan saudara pemuda kita di syria, palestin, mesir , tunisia.. Budaya hidup kita sebab berbeza..
Malaysia aman, kita selesa dengan zon yang selamat tanpa sedar, kita korbankan azam dan semangat untuk  menekuni ilmu sebagai suatu budaya hidup. Kita puas dan sentiasa berasa seronok di zon selesa,  yang itulah menyebabkan ilmu tidak bertambah dalam hidup
Cinta dunia yang kita kejar..harta, bahagia, kemuliaan, kuasa, kekuatan kita kejar kita lupa akan ilmu itu lebih penting..ilmu bukan sahaja melalui ijazah, master dan PhD, Imu yang paling berharga bila kita dapat melihat hikmah disetiap inci kepayahan dan kesusahan  yang kita hadapi sepanjang hidup..
Bangunlah wahai sahabat pemuda-pemudi melayu islam ku, jangan dikejar kekacakan , kecan…

Glamour

Image
"Al-Mar u fi zamanil igbali kashajarati, Wannasu min hauliha madamati samarati"
"faiza ghaba 'anha hamluha sarafu, wakhallafuha tuqasil harra wal ghabarat"

Manusia itu ketika masih glamour samalah dengan pohon berbuah lebat,
Manusia lain berkumpul kelilingnya kerana mengharap buah itu,
Setelah buah2 itu habis dipetik, orang pun pergi,
Tinggalkan pohon itu dalam kekeringan dan rimba belukar.

***best kalo dapat type in arabic word***

Tips Bangun Malam

Image
1- Tidur awal

2- Memelihara adab tidur

Berwudhuk , dipembaringan membaca surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian disapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur.

3- Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh

Seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannnya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya iman.

4- Menjauhi perbuatan maksiat

Menjauhi segala maksiat seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet.

5 - Mengetahui balasan meninggalkan solat

Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

ISLAH - UMPAT

Image
Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

- Ingin memuaskan hati, disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain..jika kemarajan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

- Suka mendengar dan mengikut perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

- Disebabkan dengki , dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

- Secara bergurau mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak , angkuh dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

USRATI - ISU 2

Kata bermadah...

Sahabatku
Bahagiamu letaknya di sini...
Dihatimu sendiri..
Bukan pada indah pandangan ditatap mata
Bukan pada senandung merdu didengar telinga..
Bukan pada kelembutan yang dapat kau sentuh..
Ia tidak boleh dikesan pancaindera

Sebaliknya sahabatku..
Kala hatimu bahagia..
Gurun pasir tak ubah taman berbunga..
Cacian dan makian serasa senandung belaka..
Semua yang kau sentuh terasa bak sutera..

Bahagiamu dekat saja, sahabat..
Dihatimu sendiri
Tak perlu kau cari ia..
jauh-jauh disana

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya

Image
Wahai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah dengan sampan yang bernama takwa, isinnya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
Wahai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
Wahai anakku! Janganlah sampai dirimu kenyang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
Wahai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dari mulutmu kata-kata kasar. Jika ingin berbicara juga, berbicaralah perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain.
(Petikan daripada Kitab TafsirRuhul Ma'ani, jilid ke-21, halaman 83)

FAD - Facebook Addiction Disorder

Image
Random House U.S.A is looking for a Random House Digital, Front-End Web DeveloperFacebook Addiction Disorder — The 6 Symptoms of F.A.D.Amy Summers on May 2, 2011 2:50 PM“Okay, I admit it. I am truly addicted to Facebook,” said teenage blogger Heidi Barry-Rodriquez in 2007.  In 2009, teen Neeka Salmasi described the social networking giant as being “like an addiction”. This year, a casino site mentioned that “Facebook provides the atmosphere where it is tough to walk away” in a direct comparison to gambling addiction. A quick web search and it becomes appallingly evident that we have a problem. Text messaging is no longer the biggest teenage obsession, and long gone are the days where the biggest worries for parents were celebrity crushes, massive phone bills from ridiculously long phone calls and chocolate overloads. These teenage obsessions still exist, but in today’s day and age, and in comparison to the Facebook craze, they seem rather insignificant. Facebook is taking over the w…