La haula wala quwwata illa billah


Sana sini, orang bercakap soal harga naik..semua pihak memberi pandangan dan idea bagaimana menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Kerja keras , kerja keras..tapi jangan dilupakan soal spiritual dalam hidup.

Sumber

http://www.beritasemasa.com.my/
http://www.malaysiakini.com/news/250390

At - Tabrani ada menukilkan di dalam Al-Ausat iaitu daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasullullah S.A.W bersabda "Sesiapa yang dikurniakan Allah suatu kenikmatan, hendaklah dia membanyakkan menyebut 'Alhamdulillah'. Sesiapa yang byk dosanya hendaklah memohon ampun kepada Allah. Sesiapa yang berasa rezekinya dilambatkan, maka hendaklah memperbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billah" (Riwayat Tabrani)

Ibnu Abi ad-Dunya r.a meriwayatkan hadis marfu' daripada Asad bin wada'ah r.a, Rasullulah S.A.W bersabda " Sesiapa yang membaca 'La hawla wala quwwata illa billah' sebanyak seratus kali setiap hari , nescaya dia tidak ditimpa kefakiran selama-lamanya" (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya).

Imam an-Nawawi berkata "La haula wala quwwata illa billah adalah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk miliki sesuatu urusan. Kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tidak mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tidak mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah S.W.T juga "


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Apa itu subsidi?

Kullu Man Fil Kauni