Skip to main content

Bank Dunia jangka tempoh sukar tahun depan

Bank Dunia jangka tempoh sukar tahun depan
 
Bank Dunia memberi peringatan kepada warga Malaysia untuk bersedia menghadapi tempoh sukar pada tahun depan apabila perbelanjaan isi rumah dijangka terjejas ekoran langkah pemotongan subsidi dan langkah lain yang diperkenalkan kerajaan.
Laporan dalam penerbitannya, Economic Monitor terbitan 10 Disember menyebut, walau dengan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, isi rumah di negara ini perlu lebih berjimat cermat – yang akan menjejaskan penggunaan persendirian.

Ia turut menyatakan bahawa BR1M akan menyebabkan kerajaan menanggung RM7.1 bilion. Oleh itu, pengurangan subsidi bahan api dijangka akan meningkat dari 23 peratus kepada 28.6 peratus untuk mencapai sasaran penjimatan.

Bagaimanapun, Bank Dunia menjangka kadar inflasi hanya meningkat sedikit pada 2014, dari 2.3 peratus pada 2013 kepada 3.2 peratus, ekoran keadaan seperti harga komoditi yang lemah.

“Subsidi tenaga yang berkurangan, bukan saja dari segi peningkatan harga ban api tetapi juga penyelarasan tarif elektrik, mungkin mempunyai kesan kepada harga pengguna, seperti juga pengenalan gaji minimum.

“Penggunaan persendirian juga mungkin terjejas dengan kenaikan kadar faedah dan pasaran kredit yang lebih ketat, apabila tanda-tanda peluasan kredit yang semakin melemah sudahpun muncul pada tahun ini,” laporan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa prospek bagi komoditi pertanian yang tidak memberangsangkan juga akan menjejaskan pengusaha kecil, termasuk 420,000 pekebun Felda.

Bagaimanapun, Bank Dunia menyatakan bahawa gaji yang kukuh serta bantuan tunai yang tinggi seperti BR1M boleh membantu mengurangkan beban isi rumah.

Sungguhpun begitu, penggunaan persendirian dijangka menurun kepada 6.5 peratus pada 2014, satu perbezaan besar berbanding 8.4 peratus pada 2013

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni