Wahai pemimpin kami..



Kita ketandusan pemimpin..
Pemimpin yang mampu menguruskan dunia tanpa mencintainya..
Dunia ini mesti ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak mencintainya
Sudah tiba 'figur' zuhud terjun ke medan politik..
Ayuh!!!

Pemimpin yang bertakwa kpd Allah, berakhlak dgn manusia, Itqan dlm menjalankan peranannya,
bagi mereka dunia ini sebagai alat menuju akhirat, mereka tidak membenci dunia, tetapi sangat berhati2 dgnnya, dunia yang halalnya dihisab, haramnya diazab.

Kuasa bukan anugerah,
tetapi amanah,
mengutamakan kehendak Allah,
bukan kehendak manusia

Bak monolog Umar bin Abd Aziz "Jauhilah aku daripada jabatan khalifah seperti jauhnya timur dan barat"

Sikap pemimpin yang bertakwa, Rakyat ibarat ditarik kuasa magnetik untuk patuh dan mencintai zahir dan batin.Kepatuhan lahir daripada hati, bukan ambil hati. Dengan Jiwa takwa, rakyat akan terhibur kerana hidup pemimpin lebih kurang sama dengan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni