TURUN - DATARAN MERDEKA 31122013


Saya cuba memahami..apa yang betulnya menaikkan kos keperluan hidup rakyat?

Rakyat perlukan minyak..
Rakyat perlukan tol
Rakyat perlukan elektrik
Rakyat perlukan bas sekolah
Rakyat perlukan rumah
Rakyat perlukan LRT
Rakyat perlukan Air

Saya cuba memahami..apa yang bagusnya memaksa rakyat untuk membina perniaagaan supaya pendapatan mereka bertambah dan segala kos ini boleh ditanggung?

Saya cuba memahami.. kenapa rakyat tak boleh merungut atas semua  ini?

Saya rakyat yang paling benci merungut..saya bukan orang yang suka sangat nak menuntut hak saya, saya suka bersikap moderate terhadap banyak perkara..YA saya boleh memilih urusan yang mudah dengan terima sahaja apa yang telah ditetapkan oleh pemimpin dan kerajaan, YA saya boleh memilih untuk diamkan sahaja tak payah banyak soal, tak payah mencari tahu dimana, bagaimana , apakah , siapa dan kenapa semua ini berlaku. YA saya boleh memilih menjadi begitu untuk semua perkara..tapi BUKAN untuk perkara yang membuat saya terfikir tentang beban yang ditanggung oleh orang-orang sekeliling saya..

Saudara A

"Kamu bukan pemimpin..bersuara, berhimpun, dan apa sahaja yang kamu buat...tidak akan mampu mengubah keputusan yang telah dibuat"

Saudara B

"Elok duduk diam..penuhi keperluan kamu sendiri..teruskan kerja kuat..mereka yang kamu bimbangkan cukup pakai dan makannya juga perlu kerja kuat..bukan sekadar merungut mengharap bantuan kerajaan sentiasa"

Saya

"Maafkan saya saudara-saudaraku, aku memahami bait2 kamu, tapi aku juga faham akan mereka yang kurang pendapatan dari kita, mereka yang sudah lama melalui hidup dalam kesempitan..mereka ini yang hilang perkataan semangat dalam hidup..mereka yang sudah tidak faham kuat mana lagi yang mereka perlukan untuk menampung segala keperluan hidup.  Mereka sudah tidak boleh faham dan beza apa yang naik apa yang turun, sebab mereka hanya tahu..jika mereka masih diberikan nyawa untuk hidup hari ini mereka akan mencari apa sahaja yang termampu untuk teruskan hidup hari ini..mereka ini duduk dibumi yang sama dengan kita..bumi Malaysia.. mereka ini ada kita boleh reka 200 orang di sekeliling kita, ini sebelum kita dihimpit dengan kebejatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup...dan setelah ini semua bermula, dari 200 orang ini akan ada kenaikan 300-400 orang yang menjadi seperti yang dinyatakan..hidup dalam kesempitan, tiada semangat, tiada kefahaman..tiada kekuatan..Mereka inikah yang kita ingin paksa untuk memikirkan bagaimana hendak memulakan perniagaan? Mereka inikah yang kita ingin paksa untuk memikirkan bagaimana untuk melabur?.. Jikalau dari awal mula mereka hidup tidak diberikan ilmu yang secukupnya..sekolah tidak mampu dari kecik...persekitaran dari mula yang tidak kondusif..Adakah mereka akan secara tiba2 boleh bangun dari tidur..dan kenal apa itu pelaburan? Unit Amanah? Kertas Kerja memulakan perniagaan? dan lain-lain?.. Kita berjalan jauh ke atlantic, ke eropah..ke US ke korea.. tapi kita buta untuk meluaskan pandangan pada orang kita yang hidup kais pagi makan pagi...mereka ini bukan dalam ofis kita..bukan di taman perumahan kita.. mereka ini ada di ceruk2 kawasan miskin, yang kita tak mahu jejak, tak mahu bayang untuk jejak..yang jijik untuk dilihat..tahu pun jijik..tahu pun tak suka.. tapi kita buat apa untuk hilangkan semua ini..ibarat bankai ditengah jalan kita jijik nak lalu, tapi kita yang konon bijak ini tidak berusaha untuk mengalihkan atau membuang bangkai tersebut.. hanya tahu..."eeww" sana .."eewww" sini.. Golongan miskin ini akan terus bertambah..zaman akan makin buruk.kebejatan ekonomi yang akan terus menghenyak..dan golongan yang bukan miskin juga akan tidak larat lagi..ber "eeww" sana dan sini..kerana ketika itu..miskin yang jijik yang mereka pandang itu akan memenuhi bumi Malaysia ini"

Monolog Umar Abd Aziz

Tahukah kamu dunia ini masih aman kerana adanya golongan manusia yang berpakaian compang-camping. Kalau mereka meminta sesuatu daripada kamu, kamu tidak akan memberinya. Kalau mereka meminang anak-anak perempuan kamu, kamu akan menolaknya.
Tetapi tahukah kamu, doa-doa mereka ini tidak pernahditolak oleh Allah. Pintu langit sentiasa terbuka untuk doa-doa mereka. Dan kalau tidak kerana golongan ini, sudah layak kamu dibinasakan oleh Allah kerana kederhakaan kamu 

WaAllahuA'lam

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni