Posts

Showing posts from November, 2013

Profil Muslim Beruntung

Image
Aku Mahu.. Mahu Apa? Mahu dikasihi Allah Kasihilah dirimu dan kasihilah orang lain Aku mahu jadi segagah-gagah manusia Sentiasalah menyerah diri kepada Allah
Aku Mahu Mahu apa lagi? Aku mahu jadi manusia paling baik Jadilah manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat Tapi apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah? Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian-Nya Apakah pula sebesar-besar kejahatan Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

5 profil manusia beruntung
Akidah yang sejahteraBermanfaat untuk orang lain Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - AnNur:22
Ibadah Yang Benar Dan (ingatlah) Aku tidak men…

http://productivemuslim.com/ >> Ini website yang mesti dikunjungi setiap hari

Formula menjadi ummah cemerlang

Image
Daripada Al-'Irbad bin Sariyah katanya Rasullulah saw telah memberikan nasihat pada suatu hari iaitu selepas solat Subuh, suatu nasihat yang sangat bererti yang membuatkan air mata mengalir dan hati-hati terusik. Seorang lelaki berkata ini adalah nasihat perpisahan.
Apakah wasiat engkau kepada kami wahai Rasullulah? Rasullullah menjawab: Aku mewasiatkan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun yang memerintah kamu adalah seorang hamba Habsyah. Sesungguhnya siapa yang hidup di kalangan kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Justeru jauhilah perkara-perkara baru dalam agama kerana perkara-perkara baru dalam agama adalah sesat. Sesiapa yang sempat dengan situasi tersebut maka berpeganglah dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rashidin yang memberi petunjuk. Peganglah dengan gigi geraham kamu. Imam at-Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai hasan sahih

Duhai Pemuda & Pemudi

Image
Al-Yunus (10:83)
Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil (pemuda-pemuda) dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi dan sebenarnya dia dari orang-orang yang melampaui batas. (83) Al-Kahfi (18:13)
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (13)
Ibnu Abbas berkata "Allah tidak akan mengutuskan seorang Nabi melainkan dari kalangan pemuda. Seorang yang berilmu tidak akan dikurniakan ilmu kecuali ia sedang tumbuh sebagai pemuda".

Tanggungjawab pemuda pada era dan zaman penuh fitnah:
Menjaga identiti muslim Wasiat Rasullullah
bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu beradaMenjaga keturunan dan keluarga  Allah berfirman wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu d…

Muslimah rujukan wanita

Image
Joana Francis, penulis dan wartawan dari US, dlm laman web Crescent and the Cross, dia menulis ungkapan hatinya tentang kekagumannya terhadap wanita Muslim, ungkapannya mnejadi cermin dan semangat bagi para muslimah antarabangsa untuk bangga akan identiti sebagai seorang muslimah, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan pengaruh budaya Barat yang melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang muslimah untuk istiqamah mengikut cara-cara hidup yang diajarkan islam.
Tulisan Francis - Kepada saudariku para Muslimah
Walaupun mereka mengenakan pakaian yang sederhana, kecantikan mereka tetap terpancar dan kecantikan itu bukan sekadar kecantikan fizikal semata-mata Kalian menjalani kehidupan yang alamiah sebagai perempuan. Di barat, kaum perempuan juga mengalami juga menjalani kehidupan seperti itu sehingga era tahun 1960-an , lalu kami juga dibom oleh musuh yang sama. Walau bagaimanapun kami tidak dibom dengan ketenteraan, tetapi oleh tipu muslihat dan korupsi moral. Mereka mengebom kami , da…

INSAN UNIK DI ANTARA KITA

Image
Photo credit: deliveringhappiness.com

INSAN GEMBIRADI KALANGAN KITA

DALAM ramai-ramai kawan, kita pasti ada seorang kenalan yang sungguh baik hatinya. Dia suka menolong dan murah dengan senyuman. Jika kita perhatikan, dia bukan jenis orang yang suka marah-marah. Kerana itu, dia sering jadi bahan gurauan samada secara bahasa mahupun secara fizikal. Jika digusti atau digeletek pun dia akan tertawa hingga kita pun turut berair mata. Bila diperhalusi perangainya, dia seorang yang jujur, malah ada kalanya lurus bendul. Betapa pun, kita senangi dia kerana akhlaknya baik serta boleh dipercayai.

Kadangkala perangai dan sikapnya ini menjadikan kita iri hati. Maklumlah, sikapnya yang sederhana dan selamba itu berbeza dengan kita yang punyai mood yang pelbagai. Kita mudah tersenyum tetapi mudah juga mencebir.

Kita ada kalanya menggunakan bahasa tinggi dalam pertuturan tetapi selalu juga menggunakan bahasa kesat dan celupar. Ada waktu kita memberi laluan pada orang yang hendak berselisih troli dengan …

Pendidik Murabbi

Image
Membaca artikel2 selepas bajet 2014, termasuklah kenyataan berkaitan gaji guru lebih tinggi dari guru pensyarah, ketidakadilan pada pensyarah, tuntutan kerja yang banyak dan lain2..
http://www.beritaterkini.my/tangga-gaji-guru-sekolah-gaji-pensyarah-universiti http://www.beritaterkini.my/skim-gaji-pensyarah-universiti-naik http://www.beritaterkini.my/semakan-gaji-guru-2013-naik-imbuhan http://www.beritaterkini.my/gaji-gred-pensyarah-imbuhan
Suatu ketika dulu malah sampai kini saya rasakan kerjaya pendidik samada guru atau pensyarah adalah kerjaya yang paling dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat, Betapa penting guru memberi didikan pada setiap individu, sehinggakan ianya umpama ulama yang mewarisi tugas para anbiya.
Hadis Nabi s.a.w bermaksud "Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh kepadanya"
Saya akui cemburu, betapa kerjaya ini tidak mampu say…

Al-Fityan = Shabab = Pemuda

Image
Lirik Melayu disini https://www.youtube.com/watch?v=7ahJKMDNvJU#t=31
Wahai sahabatku pemuda pemudi -sedarkah kita? Pemuda ditanah air kita ini sangat jauh ketinggalan dari segi pemikiran, kesabaran, jiwa besar.. bukan budaya bangsa yang membezakan kita dengan saudara pemuda kita di syria, palestin, mesir , tunisia.. Budaya hidup kita sebab berbeza..
Malaysia aman, kita selesa dengan zon yang selamat tanpa sedar, kita korbankan azam dan semangat untuk  menekuni ilmu sebagai suatu budaya hidup. Kita puas dan sentiasa berasa seronok di zon selesa,  yang itulah menyebabkan ilmu tidak bertambah dalam hidup
Cinta dunia yang kita kejar..harta, bahagia, kemuliaan, kuasa, kekuatan kita kejar kita lupa akan ilmu itu lebih penting..ilmu bukan sahaja melalui ijazah, master dan PhD, Imu yang paling berharga bila kita dapat melihat hikmah disetiap inci kepayahan dan kesusahan  yang kita hadapi sepanjang hidup..
Bangunlah wahai sahabat pemuda-pemudi melayu islam ku, jangan dikejar kekacakan , kecan…

Glamour

Image
"Al-Mar u fi zamanil igbali kashajarati, Wannasu min hauliha madamati samarati"
"faiza ghaba 'anha hamluha sarafu, wakhallafuha tuqasil harra wal ghabarat"

Manusia itu ketika masih glamour samalah dengan pohon berbuah lebat,
Manusia lain berkumpul kelilingnya kerana mengharap buah itu,
Setelah buah2 itu habis dipetik, orang pun pergi,
Tinggalkan pohon itu dalam kekeringan dan rimba belukar.

***best kalo dapat type in arabic word***

Tips Bangun Malam

Image
1- Tidur awal

2- Memelihara adab tidur

Berwudhuk , dipembaringan membaca surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian disapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur.

3- Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh

Seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannnya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya iman.

4- Menjauhi perbuatan maksiat

Menjauhi segala maksiat seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet.

5 - Mengetahui balasan meninggalkan solat

Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

ISLAH - UMPAT

Image
Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

- Ingin memuaskan hati, disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain..jika kemarajan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.

- Suka mendengar dan mengikut perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

- Disebabkan dengki , dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

- Secara bergurau mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak , angkuh dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

USRATI - ISU 2