Profil Muslim Beruntung





Aku Mahu..
Mahu Apa?
Mahu dikasihi Allah
Kasihilah dirimu dan kasihilah orang lain
Aku mahu jadi segagah-gagah manusia
Sentiasalah menyerah diri kepada Allah

Aku Mahu
Mahu apa lagi?
Aku mahu jadi manusia paling baik
Jadilah manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat
Tapi apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian-Nya
Apakah pula sebesar-besar kejahatan
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan


5 profil manusia beruntung

  • Akidah yang sejahtera
  • Bermanfaat untuk orang lain
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - AnNur:22

  • Ibadah Yang Benar
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adh-Dzariyat:56)

  • Bijak Menjaga Masa
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) (Al-Asr :1-3) 

  • Akhlak yang mantap
Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat berbanding akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berkelakuan buruk dan bermulut celupar (Riwayat At-Tirmidzi)) 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni