Formula menjadi ummah cemerlang



Daripada Al-'Irbad bin Sariyah katanya Rasullulah saw telah memberikan nasihat pada suatu hari iaitu selepas solat Subuh, suatu nasihat yang sangat bererti yang membuatkan air mata mengalir dan hati-hati terusik. Seorang lelaki berkata ini adalah nasihat perpisahan.
Apakah wasiat engkau kepada kami wahai Rasullulah? Rasullullah menjawab: Aku mewasiatkan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun yang memerintah kamu adalah seorang hamba Habsyah. Sesungguhnya siapa yang hidup di kalangan kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Justeru jauhilah perkara-perkara baru dalam agama kerana perkara-perkara baru dalam agama adalah sesat. Sesiapa yang sempat dengan situasi tersebut maka berpeganglah dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rashidin yang memberi petunjuk. Peganglah dengan gigi geraham kamu. Imam at-Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai hasan sahih

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni