Muslimah rujukan wanita


Joana Francis, penulis dan wartawan dari US, dlm laman web Crescent and the Cross, dia menulis ungkapan hatinya tentang kekagumannya terhadap wanita Muslim, ungkapannya mnejadi cermin dan semangat bagi para muslimah antarabangsa untuk bangga akan identiti sebagai seorang muslimah, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan pengaruh budaya Barat yang melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang muslimah untuk istiqamah mengikut cara-cara hidup yang diajarkan islam.

Tulisan Francis - Kepada saudariku para Muslimah

Walaupun mereka mengenakan pakaian yang sederhana, kecantikan mereka tetap terpancar dan kecantikan itu bukan sekadar kecantikan fizikal semata-mata
Kalian menjalani kehidupan yang alamiah sebagai perempuan. Di barat, kaum perempuan juga mengalami juga menjalani kehidupan seperti itu sehingga era tahun 1960-an , lalu kami juga dibom oleh musuh yang sama. Walau bagaimanapun kami tidak dibom dengan ketenteraan, tetapi oleh tipu muslihat dan korupsi moral.
Mereka mengebom kami , dari Hollywood dan bukan dari jet-jet tempur atau kereta kebal buaran Amerika
Mereka juga ingin mengebom kalian dengan cara yang sama, setelah mereka menghancurkan infrastruktur negara kalian. Aku tidak ingin ini terjadi pada kalian. Kalian akan direndahkan seperti yang kami alami
Apa yang kalian lihat keluar dari Hollywood adalah sebuah pakej kebohongan dan penyimpangan realiti
Hollywood menampilkan seks bebas sebagai sebuah bentuk 'rekreasi' yang tidak berbahaya kerana tujuan mereka sebenarnya adalah menghancurkan nilai-nilai moral dalam masyarakat melalui program-program beracun mereka. Aku mohon kalian untuk tidak minum racun mereka
Percayalah bahawa sebahagian besar daripada kami sebenarnya tidak bahagia
Jutaan wanita barat bergantung pada ubat anti-tekanan, dan membenci pekerjaan mereka
Orang-orang seperti di Hollywood hanya ingin menghancurkan sistem keluarga dan meyakinkan perempuan agar tidak mahukan ramai anak.
Mereka mempengaruhi dengan cara menampilkan perkahwinan sebagai bentuk perhambaan, menjadi seorang ibu adalah sebuah kutukan, menjalani kehidupan yang fitrah dan sederhana adalah sesuatu yang usang.
Bible juga sebenarnya mengajarkan agar kaum perempuan menjaga kesuciannya, tetapi banyak perempuan di barat yang telah tertipu.
Model pakaian yang dibuat para perancang barat dibuat untuk menyakinkan kalian bahawa aset yang paling berharga adalah seksualiti.
Mengapa kalian ingin meniru perempuan-perempuan yang telah menyesal atau akan menyesal , yang telah kehilangan hal-hal paling berharga dalam hidupnya, tidak ada pampasan atas kehilangan itu. Perempuan -perempuan muslim adalah berlian tanpa cacat. Semua yang kalian lihat di majalah model dan televisyen barat adalah dusta, perangkat syaitan dan emas palsu
Seks sebelum menikah sama sekali tidak ada hebatnya, kami menyerahkan tubuh kami pada orang yang kami cintai, percaya bahawa itu adalah cara untuk membuat orang itu mencintai kami dan akan menikah dengan kami seperti kalian lihat di televisyen
Kami perempuan dibarat telah dicuci otak dan hanya faham, wanita muslim adalah kaum perempuan yang tertindas. Padahal kamilah yang benar-benar tertindas, menjadi hamba sek syang merendahkan diri kami, terlalu resah dengan berat badan kami, mengemis cinta dari orang-orang yang tidak matang.
Jauh di dalam lubuk hati kami, kami sedar telah tertipu dan diam-diam kami mengagumi pada perempuan muslim meskipun sebahagian dari kami tidak mahu mengakuinya, tolong jangan memandang rendah kami atau berfikir bahawa kami menyukai semua itu. Kerana hal itu bukanlah kesalahan kami sepenuhnya.
Tetaplah menjaga kesucian dan kemurnian. Kami kaum perempuan Kristian memerlukan kalian, para muslimah, sebagai contoh bagi kehidupan kami, kerana kami telah tersesat. Berpegang teguhlah pada kemurnian kalian sebagai muslimah dan berhati-hatilah.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni