Pendidik Murabbi


Membaca artikel2 selepas bajet 2014, termasuklah kenyataan berkaitan gaji guru lebih tinggi dari guru pensyarah, ketidakadilan pada pensyarah, tuntutan kerja yang banyak dan lain2..


Suatu ketika dulu malah sampai kini saya rasakan kerjaya pendidik samada guru atau pensyarah adalah kerjaya yang paling dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat, Betapa penting guru memberi didikan pada setiap individu, sehinggakan ianya umpama ulama yang mewarisi tugas para anbiya.

Hadis Nabi s.a.w bermaksud "Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh kepadanya"

Saya akui cemburu, betapa kerjaya ini tidak mampu saya lakukan, mengakui diri tidak bagus dalam menerangkan sesuatu, dan mengajar orang, memerlukan kesabaran dan jiwa besar yang tinggi. Cemburu lagi memikirkan kerjaya pendidik ini lebih hampir dan mudah dalam berdakwah..

Pesan nabi s.a.w kepada Muaz.r.a "Andai kata Allah S.W.T memberikan hidayah kepada seseorang atas usahamu, adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya"

Menjadi DBA tidaklah memerlukan skil mengajar , mendidik, menerangkan kepada sesiapa, menghadap komputer dan sistem , troubleshoot error..fix it and done

Tapi setelah membaca artikel2 diatas, dan membaca komen2 termasuk separuhnya dari golongan pendidik sendiri, adakala saya merasakan teropong mata mereka mungkin berbeza dengan apa dilihat oleh orang lain seperti saya, tidak dapat lari terdapat mereka yang hanya memandang kepada imbuhan gaji yang diperoleh setiap bulan, tanpa menghiraukan keredhaan Allah S.W.T , tanpa mempedulikan soal rohani, sahsiah, moral dan akhlak anak didiknya.

Islam telah meletakkan satu konsep atau panduan yang berguna kepada golongan pendidik yang mahukan keredhaan dari Allah S.W.T iaitu konsep murabbi . Yakni dipertanggungjawabkan bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan, bahkan sebagai pembimbing anak didiknya dari segi sahsiah dan peribadi seorang muslim. 

Ilmu syari'i adalah asas kepada seorang pendidik yang murabbi, kerana salah satu tujuan tarbiyah islamiyah ialah melahirkan manusia yang beribadah kepada Allah dengan sebenar2nya , hal ini akan tercapai hanya dengan ilmu syar'i, bukan sehingga menjadi pakar syariah, tapi at least mampu membaca dan membahas dan mempersiapkan maudhu'-maudhu' syari'e. Ilmu2 lain juga penting dan menjadi keperluan seorang pendidik yang murabbi, seperti  ilmu2 semasa, ilmu psikologi, memahami potensi pelajar, penyampaian yang berkesan , dan yang penting ikhlas.

Melihat komen2 dari guru yang meluahkan ketidakpuasan hati berkaitan imbuhan material membayangkan personal pendidik yang mendidik anak bangsa kita pada masa ini, negatifnya aura pendidik itu memberi kesan kepada anak didik kerana mereka memperoleh ilmu dalam keadaan yang negatif, kerana didikan merekalah yang mencorak pemikiran anak bangsa. Pendidik itulah contoh terdekat dan penting untuk mereka menjadi orang yang sabar dan dari situlah akan menampakkan tahap keimanan seseorang pendidik, 

Wahai pendidik, samada kalian guru atau pensyarah, didiklah dengan hikmah, nilailah diri , manhaj, wasilah , media , method dan keadaan anak didikmu secara berterusan, kerana itu lebih baik dari menilai segala apa yang dilakukan dari sudut habuan material semata-mata.

Surah Al-Imran :159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun dari mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

WaAllahuA'lam

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni