Kenapa Melayu kerja Gomen?

Di masa sekarang kalau survey, aku rasa ramai orang nak kerja gomen. Gaji makin bagus, cuti 2 hari hujung minggu, hal ehwal perubatan terjaga, overtime pon boleh buat, dan bagi sesetengah professional (Doktor/ Engineer/ Arkitek/ Lecturer/ akauntan) mungkin ada kelonggaran untuk kerja Consultancy luar ataupun di pinjamkan kepada mana-mana badan berkanun/GLC. Naik pangkat pon mungkin lebih senang bagi generasi professional yang baru (kurang 10tahun berkhidmat) sebab banyak kekosongan jawatan kanan dan ramai jugak professional tua yang berhenti dari kerja gomen. Ini aku cakap pasal professional, bukannya yang kerja bawahan.


Kalau kerja bawahan pulak, memang kerja gomen lagi terjamin masa depan bagi yang tidak bercita-cita tinggi. Nak minta loan bank pon, sekarang ni guna payslip gomen lagi laku. Hell, aku rasa bukan saja Melayu, bukan Melayu pon minat kerja gomen. Cuma apsal tak ramai bukan Melayu dalam gomen mungkin kerana beberapa perkara, antaranya policy pengambilan kakitangan, atau tanak kerja bawah boss Melayu, atau bikin bisness kecil2an lebih membawa untung(seperti jual VCD haram kepada Melayu, modify motor MAt rempit, jadi Along, atau mungkin menjalankan bisnes2 yang legal). Sesetengah bukan Melayu pulak mungkin mewarisi bisness keluarga atau memang dah dalam line itu juga.Mereka ada banyak pilihan, sementara kebanyakan Melayu di lahirkan diluar dari dunia bisnes, sebaliknya lebih kepada sektor perkhidmatan dan perladangan...

Namun begitu kebanyakan umum tahu, kerja dengan gomen (bukan ahli politik) memberi jaminan jangka panjang tetapi tidak menjanjikan kekayaan. Sementara yang berkelulusan professional pula memilih gomen sebab untuk mencari pengalaman dan juga kerana hasrat ingin berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.

Aku pernah tanya sorang lulusan arkitek (junior aku 10 tahun), apsal dia pilih gomen sedangkan lambat nak kaya. sebenarnya dia pernah kerja firma arkitek milik orang Melayu yang survive dengan kontrek kerajaan jugak. Gaji bulanan tak sampai 1K, lepas 6 bulan liat nak confirm pulak, padahal semua kerja budak2 baru grad ni yang buat... sebaliknya boss Melayu dia tukar Mercedes... LEpas 5 tahun kerja gomen dan naik pangkat, bekas boss Melayu dia terhegeh2 jumpa cari kontrek... Aku rasa benda ni banyak terpulang kepada individu, apa yang dia rasa penting dalam hidup dia... Bagi kawan aku ni dia gembira sekarang, dapat dok rumah gomen sekali (semi-D 2 tingkat), walaupun dia tak kaya. Yang lebih penting dia serius dengan kerja nya sekarang kerana dia ada banyak kuasa penentu dalam kerja hariannya.

Sebaliknya kalo 10-20 tahun lalu, kebanyakan lulusan professional Melayu yang kerja gomen sebab diorang rasa takder pilihan dan mereka terikat dengan kontrek biasiswa yang melibatkan khidmat dengan gomen 7-10 tahun. Zaman dulu terkena wzaman kegawatan ekonomi dimana memang banyak siswazah menganggur, dan prospek terbaik kerja adalah kerja gomen.. Zaman tu takder internet boleh survey kerjaya, career cousellor pon takder, yang ada cuma pandangan mak bapak dan saudaramara... jadi memang yang nampak memang kerja gomen... NAmaun begitu banyak jugak grad Melayu yang tak dapat kerja gomen dan dilepaskan dari kontrak dengan bersyarat... Sekarang ni kebanyakan yang tak dapat kerja gomen dulu, memang boleh dikira sebagai hidup mewah/middle class , tapi perjalanan karier mereka memang struggle giler... BAnyak cakap kat aku, diotrang bersyukur tak dapat kerja gomen, tetapi memang kalao zaman dulu2 dapat offer gomen, diarang akan sambar.... Ini semua terpulang kepada perspektif masing2.... sebab ada juga kawan aku yang baru menganggur semula bila bisness diorang bungkus...

Ada 2 sebab berbeza orang Melayu pilih kerjaya gomen:

1. sebab jaminan kerja

2. bagi golongan lain yang berkeupayaan tinggi pula, sebab mereka fikir mereka boleh menyumbang lebih besar melalui perkhidmatan gomen.

Kedua2nya hanyalah ilusi, tetapi ketika masa menerima jawatan gomen ianya adalah realiti semasa.

Buat masa kini mungkin kerja gomen terjamin, namun tiada jaminan gomen yang kekal selamanya, kerana polisi boleh berubah dan kerajaan juga boleh bertukar. Lagikan pencen pon nak di tukar kepada EPF/insurans, inikan lagi perjawatan. Duit pencen pon sebenarnya tak seberapa kalau dibandingkan dengan kos kehidupan masa akan datang. Sepanjang masa anda mesti menjaga kelakuan anda agar politically correct supaya pencen anda tak hilang.

Begitu juga dengan sumbangan perkhidmatan kepada rakyat... ada masanya bila tiba keperingkat atasan dan terpaksa berinterksi dengan MB MB atau pak Menteri maka mereka ini yang tak paham tentang General Order, tak ambil pusing pasal budget jabatan, dan memang takder pengetahuan langsung dalam bidang pprofessional tertentu, akan cuba memanipulasikan jabatan untuk kepentingan politik masing2, dan secara tak langsung akan kompromi khidmat kepada rakyat. Banyak keputusan bodoh diterima dengan bangkangan keras oleh pegawai tetapi terpaksa dilakukan juga atas arahan atas. namun apabila sesuatu butruk berlaku, kepala pegawai itu yang dijadikan korban tindakan atasan.

Ketika itulah pegawai kerajaan berkenaan perlu bertanya, sejauh mana efektifnya aku dalam kerajaan ini? Maka ketika itulah waktunya untuk memikirkan haluan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni