Berinovasi dan berteknologi



Saya mengaku saya tak berminat menjalani hidup dengan cara Hi-Tech, berwhatsApp, berfacebook, berlaptop, beriPad..walaupun saya pernah keje di HeiTech padu.. hehehe, setiap orang ada hak untuk memilih cara yang disukai dan digemari untuk menjalani kehidupan sehari2..saya lebih suka telefon sahabat directly dari berwhatsApp..saya lebih suka berjumpa terus dari berfacebook..saya lebih suka datang office guna PC untuk bekerja dari pakai bomgar dan membawa laptop kehulur kehilir... saya lebih suka membaca buku dari kertas yang dicetak dari buku dalam iTab.

Tapi ada ketika saya mengaku saya terpaksa menggunakan teknologi yang ada..kerana desakan tertentu..contohnya..saya terpaksa menginstall WhatsApp didalam laptop saya hari ni (x sangka ianya berjaya) selepas handphone tercampak dan line celcom untuk saya SMS and call tergendala.

Kesimpulannya, dimana-mana sahaja kita berada kita  akan bertemu dengan situasi yang mendesak kita untuk melalui proses perubahan, tapi perlu diingat, selagi kita yakin cara hidup kita sentiasa berada dalam jalan yg betul.. jangan sesekali terpengaruh mengubahnya kerana orang lain.. tapi berubahlah kerana kita sendiri tahu dan faham ada keperluan pada situasi kita untuk berubah.. :)

P/S: Mujurlah saya tidak mengikut kata2 orang membeli handphone baru semata2 untuk berwhatsApp..nah install di laptop je pon boleh.. :)


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni