Kata bermadah...



Sahabatku
Bahagiamu letaknya di sini...
Dihatimu sendiri..
Bukan pada indah pandangan ditatap mata
Bukan pada senandung merdu didengar telinga..
Bukan pada kelembutan yang dapat kau sentuh..
Ia tidak boleh dikesan pancaindera

Sebaliknya sahabatku..
Kala hatimu bahagia..
Gurun pasir tak ubah taman berbunga..
Cacian dan makian serasa senandung belaka..
Semua yang kau sentuh terasa bak sutera..

Bahagiamu dekat saja, sahabat..
Dihatimu sendiri
Tak perlu kau cari ia..
jauh-jauh disana

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

5 Jenis Nafkah