Jimat..



"Ni...camne nak berjimat ye?..."
Tanya seorang teman..saya senyum..
Teman ini tahu saya memang orang yang jimat, dia tahu mana..mungkin dari luaran kot..
maklum dia akan saya yang memang tak bergaya dengan gaya 'Vogue' the vagas..umur 3 series masih
dengan KRISS 100cc...kadang2 bawak bekal ke office, telefon biasa je..asal boleh call and message

Ini pandangan saya yang tak seberapa...
Pertama, dalam nak buat sesuatu kita kene tetapkan "mutajarrid" kita, fokus dalam buat apa-apa pun kat dunia ini semuanya dibuat dengan LillahiTaala, kena sedar dunia ni tempat musyaqqah, ujian susah dan payah..lepas satu, datang satu lagi ujian dalam hidup, sebab itu pentingnya kita MERANCANG

Buat perancangan dalam perbelanjaan harian kita, bukan membuta tuli berjimat...bimbang kita tidak boleh istiqamah dengan apa yang kita buat, dalam merancang tetapkan TUJUAN untuk jimat...sebab apa nak kumpul duit?, berapa lama nak kumpul dan simpan?

Kedua, cari ILMU mengenai pengurusan kewangan, dan juga kene faham maklumat berkaitan ekonomi negara...dalam bercakap mengenai cari ilmu, saya rasa faktor orang sekeliling juga penting, mesti cari teman dan sahabat yang sama minat dan pemikiran dengan isu yg sama, isu ekonomi contohnya, supaya kita dapat berfikir dan menaakul baik buruk dalam menguruskan kewangan. To be honest, saya dikelilingi sahabat yang sama ideologi dan pemikiran dalam sudut pandang kewangan dan ekonomi, kami tahu tempat lepak yang sesuai, masa yang sesuai untuk lepak, pengalaman berkawan2 dengan individu yang tak kira masa nak lepak dan enjoy sedikit sebanyak men'spoil' kan perjalanan kewangan saya dek kerana terpaksa melayan...huh!!

Dan rasanya mengutip ilmu daripada orang susah dan kurang berada lebih baik, kerana ianya mengajar kita erti syukur, sedang bilamana kita berkawan dengan orang yang senang..kita mudah melihat kelebihannya orang lain dan kurang bersyukur dengan apa yang diberi pada kita.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentu mereka akan melampaui batas di muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura, ayat 26)

2 perkara ini, pemahaman ekonomi semasa dan juga pemahaman sudut pandang hidup bersyariat penting dalam menguruskan kewangan yang baik..

Kejayaan dalam mengatur kewangan memanglah menyeronokkan..berkat jimat, usaha dan sabar..tapi jangan diheboh2kan bimbang diantara yang tahu ada yang hasad...

Hadis Nabi mafhumnya "Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapat nikmat ada yang hasad (kepadanya) " (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani)

Dan jika ada cita-cita yang tinggi, apakata cabar diri..boleh kah tahun ini aku menabung sehingga RM10 ribu...:)??, cubalah, mula2 memang susah dan payah nak buat..simpan 1000 sebulan dari gaji...selama 12 bulan, tanpa brhutang dengan mana2 pihak, tanpa menjejaskan spending yang biasa kita buat setiap bulan (bayar bil, bayar duit minyak, duit rumah/kereta,keluarga dan juga belanja makan)...bagi sahabat yang bujang2..dari asyik nak fikir mamat or pakwe mana nak diusya dan ditackle di office, lebih baik cabar diri untuk fikir macam mana aku nak simpan duit yang banyak tahun ni...kecuali kalau ada plan nak kahwin dan nikah, itu lainla...tapi apa salahnya plan kahwin pon jalan...cabar diri untuk simpan duit setahun 5 angka pon jalan, sekurang2nya ini untuk masa depan keluarga yang bakal dibina juga nanti..

Bak kata Irfan Khairi - kekayaan bukanlah berapa banyak pendapatan kita, tetapi, sebenarnya berapa banyak kita dapat simpan

WaAllahuA'lam


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni