Dapat peluang dan membuka diri menerima peluang



Ketika disekolah dulu, ada seorang cikgu nama dia Cikgu Azizah, dia banyak bagi peluang kepada saya...peluang untuk masuk marhaban berzanji, masuk ping-pong, peluang pengawas pusat sumber, peluang menghantar karangan penulisan, sehingga saya dipilih antara sidang redaksi sekolah,dipilih wakil sekolah untuk peringkat daerah bagi sukan ping-pong dan wakil sekolah untuk marhaban dan berzanji..

Peluang yang dia beri ketika saya hanyalah seorang pelajar biasa, duduk dibelakang ketika dikelas, memang tidak ada apa-apa, dan saya pernah bertanya pada cikgu kenapa bagi peluang tuh pada saya?, bukan ke ada pelajar lain yang lebih menyerlah, lebih2 dalam menonjolkan diri..bagaimana dia tahu saya mungkin berpotensi untuk capai lebih dari apa yang sekadar biasa je yg saya fikir?...adakah ilmu pedagogi seorang guru itu memang perlu mengenal potensi pelajarnya?...dia kate... seorang guru akan terbuka untuk memberi peluang pada semua anak muridnya..ye adakala potensi seseorang memang mudah terlihat..ada yang tidak...tapi semuanya patut diberi peluang untuk mencuba..

Setelah peluang diberi, maka atas pelajar itu sendirilah untuk membuka diri menerima peluang dan berusaha untuk mencabar kemampuan diri dengan tidak melepaskan peluang yang ada...dan itulah AKU

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

Bagaimana cara untuk memandu Kereta Transmisi Manual. How to Drive a Manual Transmission Car