Sasaran Ku

Tak semena-mena pulang kekampung sempena cuti maulidul rasul kemarin, saya temui nota yang saya tulis pada tahun 2001 masa kemas-kemas rumah.

Antara tulisan itu ialah: Jawapan bagi persoalan Apakah sasaran saya dalam pekerjaan untuk 10 tahun akan datang (jika ianya ditulis tahun 2001 bermakna ianya jawapan sasaran untuk tahun 2011, bermaksud sasaran itu tamat pada tahun depan...huhuhu..saya pon kurang ingat dan pasti tentang tulisan ini).


1- Pekerjaan Saya : Pegawai di Putrajaya (hehehe...macam tak sangka saya tuliskan jawapan itu dulu, sebab kini saya adalah salah seorang team untuk satu project di Putrajaya. Tapi bukan la pegawai seperti saya gambarkan dulu..tapi x sangka ianya macam sama je...alhamdulilah)

2- Berapakah pendapatan tahunan yang saya yang saya impikan: RM36,000 or 3K a month (x smpai lagi..but ini macam motivasi untuk teruskan kerja keras,,,,chayokk!!!..1 year remain...insyaAllah)

3-Berapa banyak tanggugjawab yang sanggup saya pikul?: 3-4 (tiada penjelasan detail, 3-4??? tanggugjawab yang macam mana saya pikir ketika itu)

4- Tahap pengurusan apakah yang ingin saya capai?:Pengurusan Project terbaik (so far outstanding je la...terbaik?..hmmm susah la plak....hahahaha..berserah je la...)

5- Kuasa authority tahap manakah yang saya mahu?:Pengurus rangkaian (...so far just support Biztalk server untuk MyGovernment Portal...ada kait dengan network gak tuh...heheh..:)

6- Peluang-Peluang apakah yang saya tahu dalam kedudukan saya : Pergi Oversea dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ( Waaaa..ini mcm kabur dan kelabu asap je..jgn kan oversea, over the river pon xde...master pon macam susah nak gapai..hmmm kene extend la ni..mgkn kene tambah 10 thn lagi)

Selain ada nota berkaitan sasarn dalam kerjaya, saya juga temui nota2 lain berkaitan sasaran saya dalam keluarga dan anak2 (uiks...x sangka jugak saya adal tulis mengenai bende ini..heheh) dan juga sasaran dalam kehidupan saya.

Mengamati tulisan saya dulu, mengenang kembali pemikiran dan peribadi kita, kekadang kita fikirkan peribadi kita dulu dan sekarang tidak berubah, tapi tanpa kita sedari kedewasaan dan pengalaman hidup merubah kita samada menjadi lebih baik atau buruk..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni