Kenapa saya tinggalkan Malaysia?

I just read the article at MalaysiaKini the title " 'Why I left Malaysia' - emigrants tell their tale - Malaysiakini", and i just thought, even this emigrants try to tell that to go abroad they can emphasize and enhance their skill and being a good people, saya masih melihat yang mereka masih concern tentang negara asal meraka iaitu Malaysia. Mereka boleh menyatakan betapa di malaysia masih ada kekangan untuk berjaya, kemudahan tidak mencukupi dan peluang-peluang yang tidak terlalu terbuka berbanding negara asing, tetapi dalam nada yang dilihat seolah-olah menyatakan betapa kekurangan negara ini menyekat mereka untuk berjaya, mereka masih lagi membaca berita2 negara, masih lagi concern about what's going on at Malaysia.

Saya terfikir, apakah sebab utama untuk mereka mengambil tahu perihal negara yang "serba kekurangan" ini. Bukan kah mereka juga yang menyatakan betapa lega, berjaya dan seronok mereka berada di US, UK, dll..menjadi warganegara Aussie, Uncle Sam, UK, Singapore. Jika ada paparan berita menyatakan penderitaan negara "serba kekurangan" ini, apakah yang boleh disumbangkan oleh mereka2 ini, adakah meraka mahu pulang membanting tulang 4 kerat bagi membantu rakyat negara "serba kekurangan" ini. Bukankah mereka berbangga jika dikatakan mereka adalah rakyat negara dimana Britney Spear, Miley Cyrus berasal walaupun wajah masing2 mungkin seperti jauh panggang dari api.

Kekadang kita lupa, semua kejayaan yang kita capai dinegara luar memerlukan pengorbanan yang tanpa kita sedari memupuk keegoaan dalam diri untuk tidak merasa cinta pada agama, bangsa dan negara sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni