Jaminan dalam hidup

Apakah jaminan dalam setiap keputusan yang dibuat?
Dalam seluruh hidup manusia yang memerlukan keputusan untuk dibuat, tiada jaminan sepenuhnya ianya betul atau tidak betul, tapi andainya masalah timbul akibat keputusan yang dibuat ketika itu kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Doktor yang memberikan pilihan keputusan kepada pesakit atas rawatan terbaik yang dibuat, TIADA jaminan ianya akan berjaya, tetapi ketika masalah itu berlaku doktor jamin yang dia tahu apa yang perlu dibuat.

Master Chef yang memberikan resipi pada pembantunya, TIADA jaminan yang ianya akan sesedap yang dikehendaki, tetapi ketika makanan sudah tersedia kekurangan rasa akan dapat diatasi dengan penambahan ramuan ketika itu.

Pembangun perisian memberikan solutian atas masalah sistem yang berlaku, tetapi TIADA jaminan ianya tidak ada masalah, dan kita akan tahu jika ada yang menyebabkan msalah berlaku lagi, kita akan mengatasi ketika itu.

Masalahnye...bolehke orang diluar skop kerja2 yang TIADA jaminan ini, menerima hakikat kejaminan dalam berkerja itu???.

yang membezakan matang dan tidak matang ialah kedewasaan

yang membezakan dewasa dan tidak dewasa ialah ilmu
yang membezakan ilmu dan tidak berilmu ialah semangat
yang membezakan semangat dan tidak semangat ialah sikap
yang membezakan sikap dan tidak bersikap ialah didikan
yang membezakan didik dan tidak dididik ialah ibu-bapa
yang membezakan ibu-bapa ialah sikap matang
ulang dari atas....
WaAllahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

Bagaimana cara untuk memandu Kereta Transmisi Manual. How to Drive a Manual Transmission Car