Himpunan Kebangkitan Rakyat - 12-01-13

12-01-13

Saya antara peserta HKR yg dianggarkan lebih 200ribu org berkumpul dlm Stadium Merdeka. Pertama kali masuk stadium, pertama kali masuk stadium merdeka, pertama kali menyertai perhimpunan sebegitu. Himpunan ini dilihat dari pelbagai perspektif, mengikut tahap peserta...bagi org muda  mungkin perhimpunan ini mungkin seronok kerana dapat berkumpul ramai2 mcm tgk konsert, atau memang mahu mencerap dan memahamkan apa yg ada , apa isi bicara pemimpin di himpunan itu, samada mereka ini memang pro-pembangkan, anti kerajaan atau orang atas pagar, hanya mengikut kelompok majoriti org untuk berkumpul.


Perspektif bagi orang yg matang, melihat ianya satu proses untuk mengubah kepimpinan kerajaan, perubahan untuk mencabar negara melihat potensi tanah air kepada menjadi sebuah lebih baik. Ada yg bertanya bukan kah semua skrg ini juga masih baik? Ya kita baik, tapi x seimbang, yakni seimbang diantara kemajuan kerohanian dan kemajuan kebendaan. Ya kita baik dalam sains dan teknologi, tapi kita x cukup kuat untuk menghadapi atau menentang kuasa lain yg akan menjatuhkan kita. Dunia luar dan kuasa luar melihat kita seperti 'budak manja' tak berani nak melalui perubahan yg agresif..selesa dengan keadaan baik yg sedia ada.Orang melayu, orang islam, orang Malaysia akan dianggap lemah sedangkan mereka diluar bergabung secara ekonomi , politik dan ketenteraan untuk 'menjajah' negara kita kembali.

Di HKR ini, saya mengenal equality atau persamaan yg wujud pada semua peserta tak kira, cina, india dan melayu, bila menaiki LRT kami boleh berborak ,bersalam bersama2 secara spontan bila melihat mereka2 yg memakai baju kuning bersih, atau lilitan kain dikepala. Perkara ini jarang berlaku pada hari2 biasa yg kita lalui, tanpa kita sedar selama ini kita rakyat Malaysia yang konon aman tapi sebenarnya "berpecah" atas ciptaan perbezaan yg wujud bertahun2 di negara ini, perbezaan dlm ideologi politik,kesukuan, perkauman, etnik & lain2






Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni