Bila Muslimah Jatuh Cinta
Muslimah jatuh cinta? Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia? tak bolehkah muslimah jatuh cinta? mereka juga punya hati dan rasa. Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta lelaki menyapa hatinya? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira didada. Namun yang berlaku adalah sebaliknya! Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya. Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas CintaNYA yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mula sakit. Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk ...