Wanita & Harta




Sejak tiga minggu yg lepas, memang busy..wekend pon sibuk..jumpa sahabat baik, dah 6 bulan sy tak jumpa dia..mengenangkan seorang lagi sahabat sy akan pulang terus ke negeri asal untuk kerja baru..sy setkan untuk berjumpa..banyak perkara dan cerita dibualkan. Sahabat saya yg seorang ini mengadu masalah, masalah mengenai sara hidup yang tinggi, dan komitmen terbarunya membayar bayaran bulanan rumah. Saya faham kegusarannya, simpanan tidak mampu dibuat, perbelanjaan untuk rekreasi tersekat. 

Lanjut kisah sahabat itu tadi, dia berkira2 mahu mencari pasangan yang kaya, sehinggakan dia sanggup mengeluarkan kenyataan menjadi isteri kedua pon boleh. Aduh!, sudah parah ni.. saya sebagai pekerja swasta paling sesak or terdesak boleh lagi mencari keje lain, atau berbincang dengan pihak pengurusan syarikat untuk revise gaji saya, tapi untuk sahabat saya ini yang bekerja di sektor awam, sukar untuk melakukan perkara demikian. Dia memberitahu bagaimana sudah macam2 pekerjaan sampingan dibuat, tapi hasil masih tidak mencukupi. Khali, saya hanya mampu diam.

Saya mohon dia bertenang, saya kata masih ada lagi kah harapan dan cita2 nya dulu?..dia pernah menyatakan "aku terima jika lelaki miskin melamarku..asalkan dia lelaki yang baik agamanya dan mampu menjadi IMAMku". Soalan saya dijawabnya laju.."aku memang mahu yang kaya ni..". hanya sosok lelaki yang kaya dalam benak fikirannya sekarang.

Saya terdiam. Betullah kata pendapat wanita itu sering begitu susah jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa kudratnya. Ada rasa bersalah dalam hati sebagai sahabat, sudah terlalu lama kesibukan kerja saya menyebabkan saya mengabaikan hal keadaan sahabat-sahabat saya, sehingga saya tidak mengetahui mereka melalui permasalah seperti ini. Terhimpit antara harapan, dan keperluan hidup yang mendesak , dalam hati saya berharap sahabat saya ini tetap dengan prinsipnya yang dahulu..'Wahai sahabatku...semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu untuk tidak menerima pinangan lelaki yang baik agamanya" 

WaAllahuA'lam

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni