Not busy Not Enjoy...



Recently, salah seorang teammate from my old team buat farewell party, jupe kawan2 dari team lama, bertanya khabar keadaaan saya sejak pindah ke new team..saya katakan "Not busy but not enjoy"..berkata salah seorang office mate lama tuh.."it's ok not enjoy as long as you're not busy".. lama saya berfikir...ada ketika fikiran saya menolak kenyataan tersebut...especially bila kenang diri saya yang enjoy bila saya busy..kadang2 saya fikir.."busy is good".. kemudian lagi fikiran saya yang lain mengatakan ianya bagus tidak busy.. 

Sejak diri saya tidak busy, saya akui saya streess...sudah biasa dihambat dengan kesibukan, bila tidak sibuk, mula blur tak tahu nak buat apa..saya akui kehidupan saya tidak happening dalam maksud kebanyakkan orang yang menganggap happening dalam hidup dengan pergi dating, happening dengan berkaraoke, happening dengan menonton wayang,happening pergi melancong , selfi and update dalam facebook...

Saya happening dan enjoy bila  hanya duduk rumah dan membaca buku, sekali-sekala pergi rumah2 kawan yang mempunyai rutin yang sama..., enjoy pada saya bila kita boleh meneroka bende baru..it can be hanya sekadar duduk dirumah je pon...cat rumah, menukang, drill and pasang frame sendiri, repair barang2 lama sampai mampu berfungsi seperti biasa :), masak menu2 baru..

Apa pun tafsiran enjoy and happening life , kita berhak untuk melalui dengan cara yang sesuai dengan diri kita, kerja sudah tidak sibuk, tapi saya perlu ingat juga, hakikat sebagai muslim kita dituntut untuk faham kerja itu ibadah, jangan ambil kesempatan atas ketidaksibukkan kita untuk enjoy ketika bekerja..time enjoy kita enjoy...time kerja kita kerja..dan setiap tindak-tanduk kita baik ketika enjoy(riadah) dan kerja tidak terlepas walau sedikit pon sebagai ibadah kerana Allah.

Surah Adz-Zariyat, ayat 56: Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Apa itu subsidi?