Pasaran hartanah dijangka turun separuh pertama 2016

Pasaran hartanah dijangka turun separuh pertama 2016

PropertyGuru menjangka pasaran hartanah akan terus mengalami trend penurunan pada separuh pertama tahun depan sebelum pulih atau stabil pada separuh ke-2. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015.PropertyGuru menjangka pasaran hartanah akan terus mengalami trend penurunan pada separuh pertama tahun depan sebelum pulih atau stabil pada separuh ke-2. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015.PropertyGuru menjangka pasaran hartanah akan terus mengalami trend penurunan pada separuh pertama tahun depan sebelum pulih atau stabil pada separuh ke-2.
Ini akan membolehkan industri bersedia untuk pemulihan pada 2017-2018, demikian menurut kumpulan portal hartanah itu dalam laporan prospeknya bagi 2016 yang dikeluarkan di sini hari ini.
"Pada dasarnya, harga secara umum dijangka turun seperti jumlah urus niaga.
"Pembetulan pasaran dijangka sebanyak 3 hingga 4%. Ini bagi unit bangunan tinggi, terutamanya dalam pasaran mewah.
"Sudah tentu, akan ada hartanah tertentu di kawasan utama seperti berhampiran MRT (stesen) yang akan menongkah arus dan terus meningkat," katanya.
Bagaimanapun, PropertyGuru berkata harga tidak mungkin akan jatuh dengan ketara memandangkan terdapat banyak faktor lain yang memacu harga hartanah seperti kekurangan tanah, sentimen awam, pembinaan dan kos pematuhan, permintaan yang kukuh dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Syarikat itu berkata 2016 akan dipacu  permintaan yang lebih tulen setelah spekulator akan keluar dari pasaran hampir sepenuhnya.
"Pada dasarnya, 2015 lebih kepada pasaran pembeli dan penyewa dengan pelbagai peluang," katanya.
Pembeli boleh mengharapkan insentif, rebat dan banyak lagi yang akan menjadikan tawaran rumah baru mereka lebih menarik, katanya. – Bernama, 14 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasaran-hartanah-dijangka-turun-separuh-pertama-2016#sthash.3aXoI8z0.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni