Posts

Showing posts from August, 2016

Pipit & Enggang

Image
Diwaktu persekolahan dulu,  ada seorang rakan sekelas beriya mahu kawan dengan saya yang ketika itu suka memilih untuk bersikap bebas berkawan dengan sesiapa pun.  Rakan sekelas yang seorang ini mahu memilih saya sebagai 'gang' ,  mahu bersama sentiasa dimana2,  sama ada di waktu persekolahan atau diluar waktu. Saya memilih tidak mahu sebegitu,  saya mahu bebas tanpa terikat komitmen untuk dikhaskan menjaga hati orang2 tertentu. Saya percaya semua kawan pon  perlu dijaga hati tapi mengikut kemampuan saya. Dia A kaya dan cantik,  kekadang bersama beberapa kawan lain B,C,  D mereka mengutuk A,  kutukan yang diasaskan cemburu rasanya.  Pada B, C, D  saya memilih tidak mahu terlalu rapat.  Pada saya tak baik begitu. A mengharap lagi.. Kata2 saya padanya Saya tiada apa-apa,  sedangkan awak ter lalu banyak memiliki sesuatu.. Maaf,  saya memilih untuk menjauh kerna risau saya lebih mahukan nikmat yang belum saya miliki...