Pipit & Enggang

Diwaktu persekolahan dulu,  ada seorang rakan sekelas beriya mahu kawan dengan saya yang ketika itu suka memilih untuk bersikap bebas berkawan dengan sesiapa pun.  Rakan sekelas yang seorang ini mahu memilih saya sebagai 'gang' ,  mahu bersama sentiasa dimana2,  sama ada di waktu persekolahan atau diluar waktu.

Saya memilih tidak mahu sebegitu,  saya mahu bebas tanpa terikat komitmen untuk dikhaskan menjaga hati orang2 tertentu. Saya percaya semua kawan pon  perlu dijaga hati tapi mengikut kemampuan saya.

Dia A kaya dan cantik,  kekadang bersama beberapa kawan lain B,C,  D mereka mengutuk A,  kutukan yang diasaskan cemburu rasanya.  Pada B, C, D  saya memilih tidak mahu terlalu rapat.  Pada saya tak baik begitu.

A mengharap lagi.. Kata2 saya padanya

Saya tiada apa-apa,  sedangkan awak ter lalu banyak memiliki sesuatu..

Maaf,  saya memilih untuk menjauh kerna risau saya lebih mahukan nikmat yang belum saya miliki seperti awak miliki.  Sedang sepatutnya saya perlu risau akan nikmat yang belum saya syukuri.

Ketika bertemu semula diketika dewasa ini,  A masih tiada kurang apa,  hidupnya dikurniakan segalanya yang saya tiada dari mula saya kenal hingga kini.

Bicara dan topiknya sukar untuk diregu dengan topik yang saya miliki. Dari bercerita topik kereta terkini,  saya masih tidak miliki,  dari topik life nya di UK,  nak pergi Penang pon saya tak sampai lagi. 

Saya menjauh sekali lagi,  untuk bicara yang sebentar itu pon,  bayangan titik hitam cemburu sudah ber signal.

Ya Allah,  takdirnya saya memilih tidak gang dengannya sejak waktu sekolah,  saya jadi lebih senang dengan apa yang sekadarnya pada hidup saya sekarang.  Selamatkan aku dari bersama orang yang terlalu memiliki nikmat ya Allah,  kerana bimbang hati ku kotor dengan hasad dengki, dan berikan aku pedoman untuk sentiasa bersyukur.  Amin

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni