Twelve Years a Slave


Semalam tertengok movie ni...Movie ni kisah benar adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama 12 years a slave, penulisnya adalah orang yang menjadi hamba selama 12 tahun tu sendiri. Cerita ni release 2013. Tak pernah ade intention nak tengok, pernah dengar menang award je.

Dah nama tajuk pon "slave" memang brutal pon aksi - aksi dalam filem ni, Sedih menangis pon banyak, aku berfikir pon banyak. Bagus filem ni menggabungkan emosi dan intelektual level untuk penonton.

Apa yang buat aku berfikir ialah tentang Islam dan Sistem Perhambaan, zaman nabi dan sahabat memang ada perhambaan, tapi Islam mendidik umat manusia untuk memberi layanan yang baik kepada hamba abdi.

Islam telah muncul untuk mengembalikan keinsanan hamba abdi. Firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat25 :
Di antara setengah dengan (suami yang merdeka dan isteri dari hamba) adalah sama dari segi asal keturunan dan keimanan.”
“Kamu boleh mengahwini wanita yang beriman dan hamba-hamba yang dimiliki oleh kamu.” – An-Nisa, 25.
Apa pun filem tetap sekadar hiburan, dan terpulang pada kita untuk melihat dan menonton dengan cara yang bagaimana, kalau sekadar emosi.. Ya movie ini antara yang terbaik, dengan babak kesedihan, brutal, semangat dan putus harap semuanya diadun dengan jayanya. :)

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

5 Jenis Nafkah