Daily, Weekly , Monthly Plan






Setelah lebih  2 tahun , blog ini tiada apa-apa kemaskini
Kini kembali...Apasal tetiba kemaskini pulak ni? (tanya aku sendiri)
Ketika ini lagu hit boleh didengar melalui Joox, spotify...radio dah jarang2 (dok ulang2 lagu sama...bagi pendengar hafal agaknya)

Aku mulakan dengan cetusan idea yang muncul sejak May 19 ..idea untuk menjadi lebih aktif
Aku tetapkan rutin harian , mingguan, bulanan....
Sudah 2 bulan bermulanya aku mengikuti senarai aktiviti yang perlu dibuat .....antara aktiviti mingguan ku adalah mengemaskini blog (at least 50 words ☺)

Idea ni muncul setelah aku mula merasakan diri ku menuju kemalasan yang melampau....
Balik keje - makan - mengadap gadget or smart phone...membaca buku sudah malas, menulis , melukis or melakar sudah tiada lagi....Otak tepu....membaca blog mengikut tajuk2 tertentu yang hit sahaja....tiada ilmiah.

Sebenarnya terlalu banyak idea untuk bangun membuat sesuatu atau menulis sesuatu, dan masalah utama ialah mencari masa yang betul-betul sesuai untuk membuat.I prefer to stick to my routines, but it’s equally important to recognize when I need to move things around.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni