Posts

Dimana Bumi Dipijak..

H**** tempat saya mencari rezeki, tapi saya redha jika saya perlu pergi, rezeki ada dimana-mana. Kerja apa pun sama, yang penting usaha dan ikhtiar untuk membuat yang terbaik. Setiap orang ada disiplin hidup masing-masing. Ada ketikanya, disiplin kita tidak dapat diterima oleh orang lain, maka ketika itu berlaku saya akan pergi...Tiada paksaan untuk orang lain menyesuaikan diri dengan diri kita, tetapi kitalah yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan. Saya bukan orang yang kuat untuk mempertahankan sesuatu walaupun ianya patut.

Rahsia Di sebalik Jenis Darah / Hari Kelahiran

Jenis darah A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai Darah-darah lain sila lawati : http://pakarhowto.com/rahsia/ hehehe..saya just amek darah saya saje.. Lahir Hari SELASA (//X semua betul pada masa sekarang, tapi yg buruk untuk masa depan harap dpt dielakkan...) •Tabiat wanita ini su...

Faisal Tehrani: Lintasan Hati

Lama saya berada di hadapan komputer ini, memikir untuk menulis entri ini. Akhirnya saya memutuskan untuk menulisnya, dan kemudian lama pula saya memikirkan samada perlu untuk menerbitkannya. Dan kerana tuan-tuan dapat membacanya, ia bermakna saya memutuskan untuk menerbitkannya. Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati. Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. Bingung sekejap saya. Kerana serta merta nostalgia saya di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) kembali. Beliau antara naqib yang saya kagumi. Malah saya pernah mengekornya ke Taman Melewar untuk berusrah secara rahsia dengan Ustaz Yahya Othman, Ustaz Yaacob Hussain dan ramai lagi. Dalam hati saya memikir, masakan ustaz Asri serkap jarang seperti ini. Apatah lagi keluarga isterinya mengenal ibu bapa saya selaku aktivis sebuah parti di Melaka. Akan tetapi bila saya dihubungi oleh '...

Dua beranak kena 69 pertuduhan (exTeacher and exClassMate)

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta. Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu. Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 200...

Fanatik (dr blog Faisal tehrani)

Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq). Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik." Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PA...

Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan?

Image
Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan? Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran, demikian sms yang beredar atau emel yang diterima. Siapa pun yang membuka Al-Quran berdasarkan fakta tersebut, pasti akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut: 17.16 (QS. Al Israa' ayat 16) : Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (QS. Al Israa' ayat 58) : Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52 (QS. Al Anfaal: 52) ...

Prejudis

Bagaimana mahu bercakap tentang 1 malaysia? adakah ianya cukup sekadar membicarakan penyatuan antara melayu, cina, india. Penyatuan ke?..or perpaduan? penyatuan atau perpaduan yang bagaimana?. Melihat skop yang lebih dalam lagi, adakah ianya melibatkan penyatuan dan perpaduan dalam setiap kaum dengan setiap kumpulan dalam setiap kaum tersebut?..antara melayu kelantan, melayu terengganu, melayu dalam isu kedaerahan, kenegerian...atau lebih mendalam lagi, perpaduan antara kumpulan dalam setiap melayu dalam setiap negeri?...antara melayu- selangor - jawa, melayu-selangor -banjar, melayu-selangor-bugis, melayu-selangor-kubu...R u sure there is no prejudice antara semuanya? I'm school at area which is melayu-selangor -jawa is majority, i friend easily with them no prejudice, but sometime the fight was happen and suddenly a group is come to be issues...??..hmmph..why so easily it that thing cause a fight.. I'm study at area which is melayu-terengganu is majority during my Diploma...