Berita ini saya paste from Malaysiakini..sebagai bahan sejarah untuk anak-anak selangor, sejarah yang akan mengajar kita untuk mengkaji apa yang dinamakan kompromi politik..bukalah minda kita untuk menjadi rausyan fikir. S'gor muktamad perjanjian air dengan Pusat 49 2 0 Kerajaan Selangor hari ini memeterai Perjanjian Utama pengambilalihan perkhidmatan air dengan kerajaan pusat di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya pagi ini. Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mewakili kerajaan persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang mewakili kerajaan Selangor manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Suhaimi Kamaralzaman. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Menteri Ten...