Minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRIIBN Jauzi di dalam tafsirnya Zad al-Masir berkata: Sebab turunnya ayat ini ialah orang musyrikin berkata; Muhammad akan pulang dan kembali kepada agama kita sebagaimana kembali kepada kiblat kita. Inilah juga pendapat Qatadah.Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)Firman Allah, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Ibn `Abbas berkata: Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat.Kita akan memperincikan dua jenis permohonan yang disebut oleh Allah iaitu kesabaran dan solat. Justeru akan diperincik...