Zaman Ku..

Setiap Zaman ada cetusannya sendiri..bukan menidakkan pandangan individu yang berlainan zaman dengan aku, cuma setiap orang ada pengalaman hidup masing-masing, dan setiap kita perlu untuk membuat keputusan sendiri seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat. Percayalah untuk mendapat sesuatu yang spesifik memerlukan pengorbanan yang spesifik. Hidup perlukan cabaran, cabaran itulah kehidupan, seterusnya kita mohon dari Allah dari kelemahan dan kesusahan menghadapi cabaran hidup. Bukan kah menyukai cabaran itu satu cara untuk belajar erti sabar dan tenang, Dan diamnya manusia itu bila mana dia dalam kesusahan akan kembali sujud dan berdoa kepada Allah Firman Allah, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Ibn `Abbas berkata: Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat...Maka itu aku cuba menjauh rasa terulit dengan kesenangan kerana ianya akan membawa kita jauh dari rasa takwa..Jika terluka..Biarlah...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni