Posts

Showing posts from October, 2009

Dua beranak kena 69 pertuduhan (exTeacher and exClassMate)

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta. Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu. Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 200...

Fanatik (dr blog Faisal tehrani)

Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq). Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik." Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PA...

Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan?

Image
Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan? Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran, demikian sms yang beredar atau emel yang diterima. Siapa pun yang membuka Al-Quran berdasarkan fakta tersebut, pasti akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut: 17.16 (QS. Al Israa' ayat 16) : Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (QS. Al Israa' ayat 58) : Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52 (QS. Al Anfaal: 52) ...

Prejudis

Bagaimana mahu bercakap tentang 1 malaysia? adakah ianya cukup sekadar membicarakan penyatuan antara melayu, cina, india. Penyatuan ke?..or perpaduan? penyatuan atau perpaduan yang bagaimana?. Melihat skop yang lebih dalam lagi, adakah ianya melibatkan penyatuan dan perpaduan dalam setiap kaum dengan setiap kumpulan dalam setiap kaum tersebut?..antara melayu kelantan, melayu terengganu, melayu dalam isu kedaerahan, kenegerian...atau lebih mendalam lagi, perpaduan antara kumpulan dalam setiap melayu dalam setiap negeri?...antara melayu- selangor - jawa, melayu-selangor -banjar, melayu-selangor-bugis, melayu-selangor-kubu...R u sure there is no prejudice antara semuanya? I'm school at area which is melayu-selangor -jawa is majority, i friend easily with them no prejudice, but sometime the fight was happen and suddenly a group is come to be issues...??..hmmph..why so easily it that thing cause a fight.. I'm study at area which is melayu-terengganu is majority during my Diploma...

Produk YASIN terkini Di Pasaran

Image
Naskhah Yasin Beserta Tahlil dan Do'a Edis Perak  Ciri- Ciri Istimewa Beserta dengan kod warna panduan bacaan Hasil gabungan dan penyelidikan terhadap mushaf bertajwid yang sedia ada. Huruf dan baris yang jelas dan seragam Waqaf ayat pada pada setiap akhir muka surat Terjemahan surah yasin per-kalimah Wirid tahlil,selawat dan doa-doa pilihan dari al-quran & hadith berserta terjemahan per-ayat Mempertingkatkan kualiti bacaan dan kefahaman membantu dalam pengajaran & pembelajaran tajwid &bahasa arab. Yang pertama seumpamanya keluaran tempatan. Rekabentuk kulit mengikut citarasa anda (300 naskhah)    Saiz 5.8" X 8.3" (A5) 60 Muka Surat Berwarna Harga Jualan RM8.00 Sahaja Edis Emas   Ciri- Ciri Istimewa Beserta dengan kod warna panduan bacaan Hasil gabungan dan penyelidikan terhadap mushaf bertajwid yang sedia ada. Huruf dan baris yang jelas dan seragam Waqaf ayat pada pada setiap akhir muka surat Terjemahan surah yasin p...

Malunya seorang Wanita Islam

MALUNYA WANITA DALAM QURAN Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt: "Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas) Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya. Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur. Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi. MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها "Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih) Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan. KISAH MALUNYA SEORANG ...

Nilai Insan seorang Doktor

Rujuk Berita Bertajuk: Nasib pelajar Malaysia di Padang: Apa kata mereka Menonton berita pagi TV3 pkul 7 pagi (rutin sebelum pergi kerja), seorang pelajar perubatan malaysia di universiti andalas, menyatakan kegusaran untuk kembali belajar di universitinya akibat fasiliti pembelajaran yang rosak teruk, membuat aku terpikir, kenapa..begitu? wahai bakal2 doktor pulanglah kesana..pelajari sesuatu yang tidak akan kamu temui di bumi malaysia ini, rasai lah cabaran sebagai seorang doktor sebenar, dengan keadaan bencana yang berlaku di Padang itu sepatutnya menjadi satu peluang kepada bakal2 doktor mempraktikkan ilmu perubatan mereka dan belajar erti nilai insan dalam diri seorang doktor..kalian bukan perlukan sangat fasiliti sebuah laptop, fasiliti sebiji server HP atau rangkaian network untuk mempraktikkan ilmu2 peubatan kalian, juga tidak memerlukan buku-buku undang2 atau perniaagaan dari library yang ranap habis diuniversiti kalian, apa yang kalian perlukan iala...

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah : Awasinya

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Soalan Assalamualaikum wrt wbh, Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx. Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?. Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan? Al-Hulu Jawapan Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan. Bentuk penipuan sememangn...

APA SEBENARNYA TERJADI DI IRAN?

      by Hishamuddin Rais Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang. Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot. Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan. Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat. Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika – ini amat jelas. Mereka bukan bone...

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Di masa sekarang kalau survey, aku rasa ramai orang nak kerja gomen. Gaji makin bagus, cuti 2 hari hujung minggu, hal ehwal perubatan terjaga, overtime pon boleh buat, dan bagi sesetengah professional (Doktor/ Engineer/ Arkitek/ Lecturer/ akauntan) mungkin ada kelonggaran untuk kerja Consultancy luar ataupun di pinjamkan kepada mana-mana badan berkanun/GLC. Naik pangkat pon mungkin lebih senang bagi generasi professional yang baru (kurang 10tahun berkhidmat) sebab banyak kekosongan jawatan kanan dan ramai jugak professional tua yang berhenti dari kerja gomen. Ini aku cakap pasal professional, bukannya yang kerja bawahan. Kalau kerja bawahan pulak, memang kerja gomen lagi terjamin masa depan bagi yang tidak bercita-cita tinggi. Nak minta loan bank pon, sekarang ni guna payslip gomen lagi laku. Hell, aku rasa bukan saja Melayu, bukan Melayu pon minat kerja gomen. Cuma apsal tak ramai bukan Melayu dalam gomen mungkin kerana beberapa perkara, antaranya policy pengambilan kakitangan, ata...

Top 10 Technology Careers

As technology stocks waned in the last few months of the 20th Century, some analysts worried that technology degrees wouldn't be as valuable as they had been during the "dot-com bubble." They couldn't have been more wrong. It's not just industry heavyweights like Google and Apple who are acquiring new real estate to house all their new hires. Employers from nearly every market sector imaginable are luring technical professionals with competitive salaries, perks, and bonuses. With large companies taking their IT in-house and small businesses relying on outsourced providers, it seems that everyone in the world wants to hire technology professionals. According to government statistics, these ten jobs show the most promise over the next decade: 1. Information Systems Manager Though the exact daily duties may differ from employer to employer, information systems managers determine the overall technology strategies for major companies. By combining information t...