Posts

Showing posts from March, 2010

Kain Viscose Sulam Dan Labuci Dari Indonesia

Image
Pengenalan Kain Viscose Sulam Dan Labuci Dari Indonesia Kain Viscose Sulam labuci dan benang emas, Kain Lembut beralun tanpa alas,ada terdapat dalam pelbagai warna ( UNGU , COKLAT , BIRU dan lain-lain). Keterangan : Satu set kurung + selendang Jenis sulaman : Sulaman tangan (benang) Bahagian sulaman : badan dan hujung lengan Material : Kain Viscose Ukuran : 4 meter Kain Viscose mempunyai ciri-ciri seperti cotton, cotton di perbuat daripada kapas manakala VISCOSE diperbuat daripada Eucalyptus-sejenis pohon pinus). Ciri2 viscose :   - Terasa lembut dan dingin di kulit - Kainnya jatuh, tidak keras dan warnanya mengilat - Meresap peluh - Boleh dicuci biasa   Harga dari RM90 (Boleh 3 kali bayar)

KErja...Kerja..Kerja

Teringat nasihat dari seorang sifoo dalam bekerja, ikhlas dalam bekerja dan niat untuk Allah. Betul..100% betul, bukan bekerja sahaja kena niat segalanya untuk Allah, semua yang kita bukan kene sandarkan matlamat untuk Allah. Pangkat, habuan material seperti gaji yang diterima, minah cun dalam pejabat atau mamat hensem ala-ala sheikh Muzaffar, semua itu bukan kekal. Pangkat boleh jatuh, Kaya boleh miskin, Cantik boleh huduh, Senang boleh susah, Suka boleh derita. Jika itu semua yang kita sandarkan maka kelak bila ianya akan hilang, jiwa kacau. Mengejar cita-cita dan untuk kemajuan diri itu betul, jika tidak kita tidak memikirkan usaha untuk mendepani cabaran hidup. Tekanan dari cabaran itu baik, jika tidak kita tidak percaya kepada tarbiah yang diberi oleh Allah untuk kita membetulkan diri. Kesibukan dalam bekerja itu baik, jika tidak kita akan lalai dalam  kelapangan hidup. Mustika Hadis.. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan ...

Bukan Aku...So what????

Bukan Aku yang buang bayi yang baru lahir.... Bukan Aku yang bakar bayi dalam tong sampah... Bukan Aku yang bakar Gereja..ketika isu nama 'Allah' hangat di Malaysia... Bukan Aku yang dera syafiah humaira.. Bukan Aku yang terajang syafiah Humaira... Bukan Aku yang rampas kerajaan Perak.. Bukan Aku yang menghina Allahyarham Sultan Johor... Bukan Aku yang meneruskan tradisi x masuk akal, bersekedudukan dengan bukan muhrim macam laki bini... Bukan Aku yang buang orang tua di stesen bas... Bukan Aku yang buat webcam lucah... Bukan Aku yang merempit haram.. Bukan Aku yang merompak.. Bukan Aku yang mencuri.. Bukan Aku yang pinjam harta orang untuk memenuhi kehendak aku.. Bukan Aku untuk mencipta fitnah... Bukan Aku yang membuka fitnah..