KErja...Kerja..Kerja

Teringat nasihat dari seorang sifoo dalam bekerja, ikhlas dalam bekerja dan niat untuk Allah. Betul..100% betul, bukan bekerja sahaja kena niat segalanya untuk Allah, semua yang kita bukan kene sandarkan matlamat untuk Allah.

Pangkat, habuan material seperti gaji yang diterima, minah cun dalam pejabat atau mamat hensem ala-ala sheikh Muzaffar, semua itu bukan kekal. Pangkat boleh jatuh, Kaya boleh miskin, Cantik boleh huduh, Senang boleh susah, Suka boleh derita. Jika itu semua yang kita sandarkan maka kelak bila ianya akan hilang, jiwa kacau.

Mengejar cita-cita dan untuk kemajuan diri itu betul, jika tidak kita tidak memikirkan usaha untuk mendepani cabaran hidup.

Tekanan dari cabaran itu baik, jika tidak kita tidak percaya kepada tarbiah yang diberi oleh Allah untuk kita membetulkan diri.

Kesibukan dalam bekerja itu baik, jika tidak kita akan lalai dalam  kelapangan hidup.

Mustika Hadis.. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan menjaga dunia anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama…”
"La..Tas..Alu..imarah" , dari nabi "jangan engkau meminta jawatan"...



Wa'Allahualam

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni