My Admire
Maaflah saya sebentar, sekadar berkongsi sesuatu yang disenangi, dan sebagai wanita mungkin luarannya boleh dicontohi. Saya tidak pernah ke mana-mana negara, jadi tiada individu lain yang boleh diambil untuk menjadi contoh terbaik, dia muda, seorang isteri, seorang ibu, seorang muslimah dengan bercirikan pemakaian wanita islam yang baik. Dia seorang ahli parlimen, malah dia berjaya mengalahkan wanita yang berpengalaman dalam memegang tampuk menteri berportfolio di Malaysia ini untuk parlimen yang dimenanginya. Tolak ketepi sebentar posisinya sebagai salah seorang pemimpin pembangkang negara, kerana saya hanya admire dia sebagai wanita muslimah moden yang berjaya.