Lalat

Setiap perkara yang dicipta oleh Allah, dimuka bumi ini tentu ada fungsi masing2
Kekadang sesuatu itu tidak kita gemari atau senangi, tapi wujudnya sesuatu itu atas
kehendak Allah, dan Allah Maha Mengetahu segalanya.

Lalat itu, walau kita tidak senangi kehadirannya disekeliling kita. Tapi tanpanya kita tidak dapat mengenal sesuatu yang kotor, sehinggalah deria bau kita mengesan. Sesuatu yang kita tidak senangi itu adalah sesuatu yang memberi kita petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak disenangi pada diri atau sekeliling kita.

--- Saya akan diam sediam2nya pada seseorang yang tidak saya senangi, dan mereka yang tidak disenangi itu tidak menyenangi sikap diam saya, maka diam saya umpama 'lalat' pada mereka. Terpulang pada mereka untuk melihat kebaikan mahupun keburukan pada fungsi "lalat" itu. Pada sesetengah orang, sifat "lalat" itu perlu dibuang, tetapi kenapa mereka tidak fikir, perkara yang tidak disenangi dan "kotor" itu yang perlu diubah. Sifat "lalat" ini anugerah Allah, jika semuanya perlu bersifat "miss congeniality" kita tidak tahu hakikat sebenar diri kita dan diri orang lain.

Semoga aku dilindungi ALLAH dari sifat hipokrit dan bermuka2, dan tetapkan hatiku pada kesabaran dan kebenaran

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni