Pada tempat yang tak terlihat~


Pada 16-19 Februari, saya, k.salmah , k.izah dan anak buah ey'A cuti2 malaysia ke langkawi...saya peruntukan cuti yg agak lama untuk bercuti kali ini, perancangan yang dibuat sejak tahun lepas..Alhamdulilah dapat berjalan sprti yang dirancang. Perjalanan ini untuk pada awalnya untuk larikan diri dari kebosanan kerja..tapi perjalanan ini mengubah pandangan saya tentang byk perkara...ternyata hidup ini bukan semata2 untuk merasa seronok dan lari dari bebanan tanggungjawab..


Tujuan hidup ini bukan semata2 mengenai rasa seronok dan rasa bosan. Perjalanan ini sebenarnya menyedarkan saya bahawa kita sebenarnya belum melihat semuanya dalam hidup. Ianya mengajar diri mengubah cara pandang, dan jika berani membuka mata dan minda pasti kita sedar kita banyak pilihan dalam hidup.

Hakikat manusia, fitrahnya cepat berasa bosan, dan janganlah hanya kerana kebosanan melihat jalan yang sama. Kita berhenti dari meneruskan perjalanan. Bosan atau seronok bukan tujuan kerana yang penting kekuatan bagi meneruskan perjalanan



Perjalanan ini memberi semangat untuk berjalan dan berlari dalam meneruskan kehidupan, dan mengubah cara pandang, kadangkala manusia kekuatan baru hanya dengan mengubah cara pandang. Mengubah cara pandang juga bermaksud mencari jalan menjadi lebih baik



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni