Posts

Showing posts from 2014

Mencari Kecantikan..

Image
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik ولا مداحا لتكون محبوبا Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai ولا غنيا لتكون سعيدا Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99 Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain هؤلاء هم البشر ! Itulah hakikat manusia! و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal ...

Professor Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir

http://www.merdekaaward.my/Media-Centre/Images/2008-Recipient-Professor-Dato%E2%80%99-Dr-Khalid-Kadir.aspx http://english.astroawani.com/videos/show/person/person-professor-datuk-dr-khalid-abd-kadir-15094

Diabetes

Image
Untuk makluman Dr.Khalid anak kepada Menteri Undang-Undang Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Menteri Kebajikan Tan Sri Fatimah Hashim. Pasangan pertama menteri dalam kabinet Malaysia. Rasanya sampai sekarang tiada lagi seumpama itu. 10 tips to prevent diabetes 11/17/2014 10:54:05 AM 0 In conjunction with World Diabetes Day, Metro Online Broadcast spoke to experts Datuk Dr Khalid Abdul Kadir and Dr Shereen Goh on diabetes in Malaysia. Recent years have seen an alarming growth in the number of Type-2 diabetes cases in South-East Asia and about one in five adults in the region now suffers from the disease. Diabetes is not to be taken lightly as it is associated with a plethora of conditions such as high blood pressure, abnormal cholesterol, fatty liver and high blood sugar and more. Datuk Dr Khalid Abdul Kadir (left) and Dr Shereen Goh (right) “Type-2 diabetes, in particular, is closely linked with central obesity (also known as ‘pot belly’ or ‘beer belly’), so a perso...

UMNO

Image
Tengok TV semua pasal UMNO. Ceritanya begini..UMNO perlu diremajakan, antara tafsiran lain perlu kepimpinan orang muda, antara tafsiran lain pula bukan pemimpinnya perlu orang muda, tetapi cara kepimpinan dan perlaksanaan perlu berubah mengikut keadaan masa, perlu sihat tidak penyakit macam orang muda. Kenapa saya peduli,  Saya kan pembangkang..hahaha. dah kebetulan semua TV pon semua pasal UMNO, maka saya mula berfikir, kepimpinan bukan semesti perlu orang muda, senior pon masih ok, pengalaman mereka diperlukan terutama dalam soal disiplin. Saya belum boleh dikira senior , kerja kurang 10 tahun, tapi saya bekerja dengan mereka yang melebihi tempoh tersebut. Bukan semua yang baik untuk dicontohi, tetapi ada yang bagus untuk dicontohi kerana disiplinnya. Latar belakang hidup pemimpin ataupun senior itu penting. Ada yang tegas kerana pengalaman mereka menghadapi keadaan yang tidak menentu, dan mencabar yang mereka alami.Jika mereka muda tetapi sudah dipaksa ...

Sanah Helwah

Image
'Dia' saya rasakan membunuh jiwa..jikalau sebelum ini saya rasa kerdil seperti tikus.. 'Dia' membuat saya kini ibarat lebih kerdil seperti semut..mudah dipijak-pijak Apa-apa saja yang saya lakukan ..baik, lebih baik..betul , lebih betul..hina pada pandangannya.. 'Dia' benci..Ya. Tapi kerana saya hormatinya sebagai majikan saya, saya percaya pada ajaran islam, majikan itu ada hak yang perlu dihormati oleh pekerja, maka saya akan berusaha untuk lunakkan hati menerima kebencian 'Dia' "Mereka yang menyakiti hati orang lain adalah orang yang hatinya sakit" Saya tidak mahu hati saya sakit,bimbang saya akan lakukan perkara yang sama seperti 'Dia' menyakiti hati orang lain.. Saya cuba cari teman untuk hiburkan hati..bimbang hati yang sakit berkali-kali ini keras..bila keras kita tidak mampu memberi kasih kepada orang lain..dan kecenderungan menyakiti hati orang lain lebih tinggi.Saya betah..perlu ON kan FB semula..mahu se...

Ya Allah...

Image

Orang Melayu naik haji

Image
Malaysiakini  Penulis : Faisal Tehrani   450     9     0 Jika kita merujuk karya sastera lama, sebetulnya ritual haji telah pun dilaksanakan oleh orang Melayu dengan penuh keterujaan sejak lama lagi. Jika benar Hang Tuah itu ada, maka beliau antara contoh yang sempat dicungkil dan menjadi bukti haji telah menjadi dambaan orang Melayu sekian lama. Dalam Hikayat Hang Tuah,  Laksamana Hang Tuah dan Maharaja Setia menunaikan haji seperti digambarkan dalam perenggan ini: "Setelah sudah maka datanglah pada sembilan haribulan Zulhijjah. Maka berhimpunlah berjalan sekalian orang Mekah itu pergi dengan Syarif Ahmad itu masing-masing dengan takhta kebesarannya, beberapa ratus tunggul panji-panji daripada sakhlat, dewangga, beledu dan kimkha berkibaran seperti kota cemara, pergi Haji ke Bukit Arafah. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun pergilah bersama-sama dengan orang Mekah sekalian itu mengerjakan seperti rukun haji itu. Setelah sudah habislah di...

BEN

Image

Bajet 2015 diskriminasi pekerja swasta, kata MTUC

Image
Bajet 2015 diskriminasi pekerja swasta, kata MTUC OLEH JAMILAH KAMARUDIN Published: 11 October 2014 Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Bajet 2015 tidak menyediakan pelan penambahbaikan hidup bagi pekerja swasta menangani beban sara hidup memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2014. Pekerja swasta di negara ini masih terpaksa bergelut dengan cabaran  kenaikan kos harga barang pada tahun depan walaupun Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR), kata Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC). Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Bajet 2015 tidak menyediakan pelan penambahbaikan hidup bagi pekerja swasta menangani beban sara hidup memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan. "Tidak ada yang istimewa tentang bajet kali ini, sama sahaja seperti tahun lalu. ...

Bajet 2015

Image
INTIPATI KANDUNGAN MENARIK BAJET 2015 (RINGKASAN) * Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10 * Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015 * Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan * Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 * Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan * Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan * Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014 * FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014 * Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Okt, 2014 * P...

Jejak Fakir

Image
Daripada Abu Hurairah r.a katanya  "Rasullullah SAW bersabda: Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta kesana kemari kepada orang ramai yang apabila dia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma, dia akan pergi ke tempat lain meminta lagi.  Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan dia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan, (orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)  Riwayat Ahmad

Productive Muslim

Image

Allah knows..

Image

Abah .. aku ingin mengurangkan lelahmu

Image
Lirik Biar oleh  Fynn Jamal Mata tua yang memandang aku itu Bundar. Pudar Dia tak mau bilang apa yang Mencengkam jiwa usangnya “Biar” . Katanya  “biar” Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar Dan renungkan mataku yang melaut Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu Akukan lemahmu Perikan penatmu Kisahkan jerihmu Aku mau tau Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu Harum. Senyum Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan “Biar” . Katanya  “biar” Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali; Izinkan aku menumpangkan bahu Berikan aku seperca dari beban kamu Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini Melompat tinggi Setiapnya kerna kau tak pernah pergi Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari? Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama? Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudk...

Muslimah

Image

Bangkit.. ..:::Mood Merdeka::...

Image
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka  nanti  pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu  nanti  senang semua Sakit pada luka kan pulih semula Bangkit Dengan nama yang Maha Esa Maafkan aku aku terlena Mata buka tapi aku leka Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka Siap gerak gempur Siap rentak tempur Redah onak lumpur Maju tiada undur Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur Kalau kurang kaki  tangan  lutut dan siku dihulur Ini malam kita pakai tanjak songsang Askar jati gerak senyap yang lain berkompang Berani segorombolan tak takut bila seorang Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka  nanti  pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu  nanti  senang semua Sakit pada luka kan pulih semula Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus Kalau tidak dite...