UMNO






Tengok TV semua pasal UMNO.
Ceritanya begini..UMNO perlu diremajakan, antara tafsiran lain perlu kepimpinan orang muda,
antara tafsiran lain pula bukan pemimpinnya perlu orang muda, tetapi cara kepimpinan dan perlaksanaan perlu berubah mengikut keadaan masa, perlu sihat tidak penyakit macam orang muda.

Kenapa saya peduli, 
Saya kan pembangkang..hahaha.
dah kebetulan semua TV pon semua pasal UMNO, maka saya mula berfikir,
kepimpinan bukan semesti perlu orang muda, senior pon masih ok, pengalaman mereka diperlukan terutama dalam soal disiplin.

Saya belum boleh dikira senior , kerja kurang 10 tahun, tapi saya bekerja dengan mereka yang melebihi tempoh tersebut. Bukan semua yang baik untuk dicontohi, tetapi ada yang bagus untuk dicontohi kerana disiplinnya. Latar belakang hidup pemimpin ataupun senior itu penting. Ada yang tegas kerana pengalaman mereka menghadapi keadaan yang tidak menentu, dan mencabar yang mereka alami.Jika mereka muda tetapi sudah dipaksa dengan cabaran yang getir termasuk nyawa, mereka akan tegas dalam tindakan.

Kalau kelompok pemimpin UMNO yang terlalu lemak dengan kesenangan dan kemewahan , maka mereka akan culas dalam membuat tindakan. Mental mereka tidak bersedia dengan kepayahan kerana leka dengan kemewahan, orang yang hidup mewah tidak awas akan perkara yang mengancam nyawa dan perkara yang tidak menentu.

Maka berkali-kalilah saya mendengar kawan-kawan yang tegar dengan UMNO dan BN, mengatakan "akan susahlah kalau tiada BN @ UMNO untuk membantu bangsa melayu kita..pembangkang tak buat ape pon". 

Pada pendapat peribadi saya, kesenangan dan rasa selamat yang melampau dalam pemikiran yang menjadi paradigma tindakan kita untuk culas dalam membuat keputusan dan menolak diri menghadapi cabaran, kerana kita sudah rasa selesa dengan keadaan 'selamat' ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni