Sanah Helwah



'Dia' saya rasakan membunuh jiwa..jikalau sebelum ini saya rasa kerdil seperti tikus..
'Dia' membuat saya kini ibarat lebih kerdil seperti semut..mudah dipijak-pijak

Apa-apa saja yang saya lakukan ..baik, lebih baik..betul , lebih betul..hina pada pandangannya..
'Dia' benci..Ya. Tapi kerana saya hormatinya sebagai majikan saya, saya percaya pada ajaran islam, majikan itu ada hak yang perlu dihormati oleh pekerja, maka saya akan berusaha untuk lunakkan hati menerima kebencian 'Dia'

"Mereka yang menyakiti hati orang lain adalah orang yang hatinya sakit"
Saya tidak mahu hati saya sakit,bimbang saya akan lakukan perkara yang sama seperti 'Dia' menyakiti hati orang lain..

Saya cuba cari teman untuk hiburkan hati..bimbang hati yang sakit berkali-kali ini keras..bila keras kita tidak mampu memberi kasih kepada orang lain..dan kecenderungan menyakiti hati orang lain lebih tinggi.Saya betah..perlu ON kan FB semula..mahu sebarkan kasih kepada rakan-rakan yang saya buat-buat lupa...ingin bertanya khabar, ingin bersembang2 :) ..saya perlu lunakkan hati saya..

Password FB saya lupa, sudah lebih setahun tidak login FB, untuk 'forgot you password' di FB berfungsi, perlu dimasukkan email, Khali.. password email juga saya lupa.. :(

Untuk 'forgot your password' di EMAIL berfungsi, perlu measukkan alternate email.. alternate email password juga saya lupa..Sungguh ianya bukan project yang mudah.. 

Untuk 'forgot your password' di ALTERNATE email berfungsi, sekali lagi saya perlu ingatkan beberapa maklumat, apakah password terakhir yang diingati? sahkan no phone..setelah beberapa kali..Alhamdulillah alternate email boleh dilogin dan seterusnya kerja mudah untuk aktifkan semula email FB dan FB saya.

Oh..Hari ini hari kelahiran saya..terdapat beberapa ucapan sanah helwah saya terima di FB..terharu , gembira, termasuk ucapan2 dari tahun lepas..ya kerana saya tidak login FB sudah lebih setahun.

Dan tiada apa yang lebih membahagiakan saya hari ini, walau sekadar duduk dirumah, kemas rumah, makan roti, makan nuget..melainkan dapat bersembang-sembang dan bertanya khabar dengan kawan -kawan FB, tak la ramai..rakan sekolah, rakan opis lama, rakan uni, rakan rumah sewa, dan saya sangat menghargai ucapan mereka walau ringkas, kerana ianya memberi saya oksigen untuk bernafas menempuhi kebencian 'Dia'.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni